`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, March 17, 2017

KHAIRY: BN KENA MENANG SEKURANG-KURANGNYA 51% UNDI POPULAR

KOTA BHARU – Parti Bersatu tidak menolak kemungkinan saingan tiga penjuru berlaku jika Pas masih tidak memutuskan sebarang keputusan berhubung kerjasama antara dua parti itu, kata Ketua Penerangannya, Datuk Kamarudin Md Nor.
Menurutnya, kerjasama yang wujud antara Bersatu dan Pakatan Harapan bukanlah satu perkara baharu, malah ia tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk Pas menolak kerjasama dengan parti itu.
“Kita bekerjasama dengan Pakatan Harapan ni bukannya baharu.. tetapi saya baca kenyataan Datuk Mohd Amar seperti dia menggunakan itu sebagai alasan untuk menjauhkan Pas dari Bersatu.
“Kita pada awalnya mengharapkan dapat bertanding satu lawan satu menentang Barisan Nasional (BN) tapi suasana sekarang ini kita terpaksa menggunakan plan ‘B’ iaitu lebih dari dua penjuru,” katanya selepas ceramah Perdana Pakatan Harapan kelmarin.
Turut hadir Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad, Penasihat Amanah Kelantan, Datuk Husam Musa, Datuk Zaid Ibrahim dan pemimpin tertinggi gabungan Pakatan Harapan.
– SH

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.