`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, April 21, 2017

Berikan pilihan untuk Rakyat

Image result for solat jumaat

Ada 2 gologan orang Islam didalam negara kita. Satu, yang bersikap legalistic. Yakni yang ingin memuliakan dan memperkasakan Islam melalui perlaksanaan hukum hakam; kedua yang bersikap kemanusiaan- mengembangkan dan memuliakan Islam dengan cara meminimakan ketakutan, ancaman, ugutan fisikal, ugutan spiritual dan lain2 bentuk kebuasan.

Dalam bahasa moden, satu golongan mahu memuliakan Islam secara otoritarian dan dictatorial. Mereka mahukan lebih kuasa dan lebihkan hukuman yang berat2 keatas masyarakat.

Yang lagi satu melalui cara demokratik, membeli pilihan kepada rakyat, ikut prinsip kedaulatan undang.

Bila dikatakan tidak ada paksaan dalam islam- itu bukan proposisi negatif sahaja- implikasi positif nya ialah mesti beri pilihan, ada demokrasi.

Kalau kita ada pendekatan untuk memuliakan Islam, mengembalikan kegemilangan nya yang tidak mencetuskan huru hara, yag tidak mencetuskan kegelisahan, kerisauan, melaga lagakan satu sama, lain, tidak menimbulkan perbalahan, syak wasangka dan ketakutan serta ancamam ganas dan cedera, tidak kah kita mahukan nya?

Berbanding dengan suatu pendekatan yang mencetuskan ancaman, ketakutan, huru hara, memberikan jalan untuk sebahagian orang melampiaskan nafsu dagahakan darah, yang mana kita pilih?

Jika kita tidak dapat selesaikan isu yang paling asas ini, masyarakat akan berada dalam keadaan yang kacau bilau, tegang, bermusushan dan bercakaran sesama sendiri.

Demikian saya katakan- orang Melayu mesti membetulkan politik mereka terlebih dahulu, barulah negara Malaysia ini aman dan boleh maju.

Pemimpn negara kita tidak menampak kepimpinan nya dalam nenyelesaikan msaalah ini. Bahkan golongan ketuanan Melayu dn ketuanan Islam bergabung untuk merucingkan lagi keadaan. satu menggunakan ancaman kepada bangsa sebagai alat mengekang minda orang Melayu; satu menggunakan ancaman kepada agama untuk memenjarai roh orang Melayu.

Kedua2 ketuanan ini bercanggah dengan piagam manusia yang merdeka- bahawa baik dan buruk yang menimpa kepada kita ialah hasil tangan kita sendiri dan hasil usaha kita sendiri. Tidak perlu kita bergantung kepada grup ketuanan Melayu dan grup ketuanaan Islam.

Kaedah pertama itu memerlukan pemikiran dan analisa yang lebih, ianya menarik atau appeal kepada intelek dan pemikiran. Yang kedua, lebih mudah, ianya hanya memerlukan appeal kepada emosi, ketakutan, akal yang tidak rasional . Ianya hanya perlu kepada pujian keatas  diri sendiri dan tepukan dibelakang bahawa, kita lah sahaja jurucukap untuk kebenaran.

Haji Hadi dan Taqiyuddin pulang ke negeri masing2 disambut sebagai wira untuk apa? Untuk membentang usul? Posman hanya melengkap tugas nya apabila surat yang dihantar itu sampai kepada penerima. Haji Hadi dan Taqiyuddin hanya menghantar surat, ianya belum sampai dijadikan rang2 undang2 yang diwartakan.

Namun, saya tidak akan kata pendekatan in salah atau tidak betul. Geng Haji Hadi ada hak memikirkan cara mereka adalah cara yang terbaik; tapi jangan lah membuasi dan mengganasi mereka yang tidak setuju dengan pendekatan tersebut. Siapakah mereka yang hendak mentakfirkan orang lain, menghalalkn darah mereka yag tidak bersetuju dan menyatakan bahawa jika yang tidak setuju mati, hanya boleh ditanam di jirat cina?

Mahukah kita biarkan orang2 yang berminda buas dan ganas ini menguasai system perundangan kita? Undang2 yang baik( good law) ialah yang menegakkan keadilan. Undang2 yang tidak baik atau bad laws digunakan oleh mereka yang berkuasa menekan, menzalimi dan menindas rakyat.

Maka, jadilah rasional- hukum yang digunakan untuk mengkafirkan orang, menekan rakyat yang lemah, mengancam orang ialah bad laws.

Mungkin ianya selesaikan jenayah dan salah laku lain ketika masyarakat tidak kompleks. Atau ketika masyarakat berada pada tahap kesamarataan yang tinggi. Semua orang sama kaya atau sama miskin. Ia tidak salah, kerana hukum2 ada dalam Quran. 

Itulah dia pendenkatan kedua.  Yakni, cara cara mereka yang malas berfikir. Cara orang gua menggunakan belantan, membantai yang lemah seperti perempuan dan kanak2, supaya tunduk dan taat kepada mereka. Ianya jalan short cut kepada mereka yang mahu mengubah dan mengatur hidup masyarakat.

Yang mana, pemabaca mahu piliih?

Cara kedua ini, kata orang puteh, is right up the alley parti seperti umno dan pas. Sesuai dengan pegangan mereka yang terkini iaitu menggunakan ancaman kepada bangsa dan agama untuk menakutkan rakyat.

Jika saya, kaedah pertama ialah pilihan saya. Ia nya jalan yang lebih panjang, tidak lansung, yang memerlukan perancangan, pemikiran, usaha. Tapi kebaikan nya ialah ianya tidak mencetuskan rasa cemas, terancam, permusuhan, baik untuk masyarakat dan baik untuk diri kita sendiri.

Am nya, cara yang digunakan oleh Nabi Muahammad saw.

 يَا أَيُّهَا النَّاسُ ، أَفْشُوْا السَّلَامَ ، وَأَطْعِمُوْا الطَّعَامَ ، وَصِلُوْا الْأَرْحَامَ ، وَصَلُّوْا بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ ، تَدْخُلُوْا الْجَنَّةَ بِسَلَامٍ

Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, berikan makan, sambunglah silaturrahim, shalatlah di waktu malam ketika orang-orang tertidur, niscaya kalian akan masuk Syurga dengan selamat.”

Dalam politik, sibarkan salam itu apa ertinya? Kepada saya- ianya memberikan rasa selamat kepada yang disampaikan salam. Perlindungan dari pembelotan, lindungan dari kebuasan, kezaliman pemerintah. Perlindungan dan keselamatan dari ancaman fisikal orang lain, perlindungan kepada harta, jiwa dan raga, ancaman dari luar, perlindungan dari ancaman dan keganasan anggota masyarakat yang lain.

Bagaimana melakukan ini- mesti ujud sebuah kerajaan yang baik yang dipimpin oleh orang yang baik.  Ada order dahulu, kemudian law. 

orang yang jujur dan amanah menjalankan undang2 yang meregulasi hubungan antara pemerintah, antara sesama individu, antara negara dengan negara lain. Bagaimana undang2 ini distruktur bergantung kepada kapasiti pemerintahan dan oleh pihak bertanggung jawab.

Yang menjadikan negara utuh dan jitu ialah hubungan sesama individu dalam masyarakat. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Meningkatkan pergaulan untuk kesefahaman. Mengujudkan perasaan yang meningkat keyakinan dan kepercayaan. Bukan melaga lagakan sesama warga negara.

Berikan makan ertinya mengembangkan ekonomi sebagai pengalas rezeki. Apa system ekonomi yang baik? apa dasar2 yang memajukan sesuatu industri? Apa yang patut dihasilkan? Bagaimana persaingan ekonomi mesti diregulasi? Bagaimana pemerintah berperanan untuk meningkatkan produktiviti dan mengukuhkan ekonomi? Mengujudkan persekitaran yang membantu meningkatkan pendapatan individu.

Cara ini lebih indirect dan memerlukan aplikasi akal yang rasional. Ia berbeza dengan cara legalistic yang menggunakan penghukuman untuk meregulasi tingkah laku manusia.

Yang mana satu pembaca pilih?

Posted by Ariff Sabri (with permission)

1 comment:

  1. Saya ingin menyampaikan kepada
    seluruh Tki Tkw yang bekerja di negeri orang
    saya ibu irma seorang Tki di Singapura
    pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos,sempat saya putus asah,gaji pun selalu di kirim ke indo untuk biaya anak sekolah,sedangkan hutang banyak sama majikan,tampah di sengaja seorang teman buka-buka internet,kebetulan dapat nomor hp Mbah Sero.ada orang berkomentar solusi melunasi hutang melalui jalan togel,kebetulan di singapura ada pemasangan togel,jadi saya hubungi beliau minta angka bocoran singapura 4d angka yang di berikan tembus 100%,syukur alhamdulillah saya menang 390.juta itu dalam bentuk uang indo,saya bangga sekali dan saya bisa melunasi hutang sama majikan,dan rencana mau pulang untuk buka usaha,sekali lagi terima kasih banyak Mbah saya tidak akan melupakan budi baik Mbah,bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negeri,apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas jangan putus asah,beliau bisa membantu anda melunasi hutang,ingin merubah nasib seperti saya hubungi O82-370-357-999 Mbah Sero..saya sangat bersyukur karna melalui bantuan Mbah Sero,kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,atau silahkan anda buktikan sendiri ingat kesempatan tidah akan datang untuk yang kedua kalinya
    untuk info lebih jelasnya buka blog Mbah Sero
    silahkan KLIK DISINI PESUGIHAN TANPA TUMBAL

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.