`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, April 16, 2017

JANDA ANAK DUA DICEKUP BERKHALWAT DENGAN SUAMI ORANG

KOTA BHARU – Seorang ibu tunggal dipercayai berkhalwat dengan suami orang dicekup dalam serbuan oleh penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, di Lorong Kubur Maras, Jalan Langgar, di sini, pagi tadi.
Wanita dua anak berusia 29 tahun terbabit ditahan bersama pasangannya seorang penjawat awam beruniform berusia 30 tahun.
Dalam serbuan jam 2.15 pagi itu, penguat kuasa yang menerima maklumat awam melakukan intipan sebelum berjaya mencekup kedua-duanya ketika bersekedudukan dalam sebuah bilik di rumah berkenaan.
Menurut sumber, lelaki terbabit berasal dari Kedah dan sudah mendirikan rumah tangga, namun isterinya tinggal di Pulau Pinang kerana bekerja di negeri itu.
Lelaki berkenaan pula ditugaskan ke cawangan Kelantan sejak 10 bulan lalu, manakala janda terbabit berasal Kampung Kekabu, Pasir Mas, dan sudah empat tahun bercerai dengan suami terdahulu.
“Janda itu bekerja sebagai jurujual jam di sebuah kompleks membeli belah di Lembah Sireh, di sini, dan menyewa di sekitar tempat kerjanya.
“Berdasarkan siasatan awal, lelaki tersebut mengambil wanita itu dari bilik sewanya dan dibawa pulang untuk tidur bersama di rumah sewa lelaki,” katanya.
Katanya rumah berkenaan disewa bersama tiga lagi rakan lelaki, namun masing-masing tidak mengetahui kegiatan lelaki berkenaan yang hampir setiap malam membawa pulang wanita tersebut secara bersembunyi.
“Anak-anak wanita itu dijaga mertuanya (ibu bekas suami), manakala yang lelaki belum memiliki anak.
“Mereka sudah berhubungan lebih tiga bulan lalu,” katanya.
– M’kini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.