`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, May 15, 2017

Air bertukar hitam, berpuluh tahun sungai di Melaka tercemar najis babi

PENCEMARAN najis babi di Sungai Tuang, Melaka bukanlah satu isu baru malah ia sudah berlaku sejak berpuluh tahun. Namun sampai sekarang masalah tersebut masih tidak dapat diatasi.

Tahap pencemaran sungai bukan alang kepalang, malah sudah sampai ke tahap air sungai bertukar kepada warna hitam

Foto yang diambil dari udara menunjukkan pencemaran najis babi telah mengakibatkan air yang mengalir dari Sungai Paya Mengkuang berwarna hitam, bukan itu sahaja, Sinar Harian melaporkan ia turut mengeluarkan bau busuk dan meloyakan.

Lihat foto berikut, air najis babi ini bukan sahaja mencemarkan sungai malah turut mencemarkan kawasan pantai yang menjadi tempat tarikan pelancong.


Pelik bin hairan, sudah berpuluh tahun pencemaran najis babi ini berlaku, namun sehingga ke hari ini kerajaan negeri Melaka dari zaman Ali Rustam sampailah kepada Idris Haron (sudah hampir habis penggal) masih tak dapat selesaikan masalah ini.


Adakah pihak di kerajaan negeri yang sepatutnya menyelesaikan masaalah ini sudah 'kenyang' makan habuan daripada penternak babi?


Jika tidak masakan bau busuk yang begitu meloyakan, ditambah warna air di sungai dan pantai yang sudah berwarna hitam akibat najis babi pun masih tiada tindakan diambil.


Pencemaran najis babi (najis mughalazah) sudah sampai macam ni malah sudah berlaku berpuluh tahun pun kerajaan negeri Melaka tak ambil tindakan. 

Kalau tak kerana kenyang makan rasuah tauke babi apa lagi penjelasan yang boleh diberi?

Adakah kerajaan negeri Melaka nak tukar nama negeri kepada Melaka darul babi?


-milosuam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.