`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, May 15, 2017

BOLEHKAH KATA2 NAJIB DIPERCAYAI?

Perdana Menteri, Najib Razak ketika ini sedang berada di China untuk lawatan rasmi selama lima hari. Selain lawatannya itu bertujuan mencari pemaju untuk Bandar Malaysia yang dipercayai akan diserahkan kepada Wanda Group, beliau turut menyaksikan majlis menandatangani MOU antara Malaysia Railway Link Sdn Bhd dengan CCCC, sebuah lagi syarikat besar China, bagi projek sambungan ECRL dari Gombak ke Pelabuhan Kelang sejauh 88 kilometer.
Dalam catatannya di blognya, Najib kemudian berkata, sebanyak 45,000 peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan bakal diwujudkan melalui projek tersebut.
“Peluang pekerjaan ini harus dibuka kepada rakyat Malaysia dan tidak mengambil jalan mudah dengan menggunakan tenaga kerja asing.

“Insya Allah, semoga ramai dapat menerima manfaat dalam arus transformasi ini,” kata Najib lagi.
Itu yang disebutnya semalam.
Tetapi, pada  29 Mac 2017 lalu, dalam jawapan bertulis di Parlimen, Najib menegaskan pemilihan kontraktor bagi projek ECRL akan ditentukan sepenuhnya oleh China.
Menurut beliau, pemberian hak kepada China untuk memilih kontraktor itu adalah sebagai pertukaran kepada syarat-syarat menarik dalam pembiayaan kewangan projek tersebut.
“Bagi melayakkan Malaysia  memperolehi terma kewangan yang ditawarkan oleh China Exim Bank, projek ini perlu dilaksanakan oleh CCCC, sebuah syarikat pembinaan terbesar milik kerajaaan China,” demikian jawapan bertulis Najib itu.
Yang ini pula disebutnya di Parlimen pada Mac lalu.
Sekiranya, pemilihan kontraktor sudah dipersetujui akan ditentukan oleh China, adakah kontraktor tempatan berpeluang sama untuk memperolehi kerja?
Tidakkah syarat sedemikian dipersetujui kerana China mahu memberi peluang kepada kontraktor daripada negara mereka memonopoli kerja-kerja pembinaan ECRL itu?
Jika sudah kontraktor China yang melakukan kerja-kerja ECRL itu, di mana datangnya 45,000 peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan?
Adakah rakyat tempatan berpeluang bekerja dengan syarikat daripada China atau menjadi pembekal kepadanya?


Sekadar maklumat tambahan, ada seorang kenalan yang terlibat dengan bidang pembinaan memberitahu, jika syarikat China yang melaksanakan sesuatu projek, adalah terlalu sukar untuk syarikat tempatan terlibat sama atau memperolehi kerja daripada mereka kerana katanya, mereka akan membawa segala-galanya daripada negara tersebut.
“Bukan saja tenaga pekerja, barang-barang dan peralatan akan dibawa daripada China kerana harganya  yang jauh lebih murah, malah bekalan makanan seperti ayam dan sebagainya pun akan turut didatangkan daripada China juga,”  tambah beliau.
Jadi, bolehkah dipercayai bila Najib menjanjikan 45,000 peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan bakal diwujudkan sedangkan pemilihan kontraktor sudah dipersetujui untuk diberi hak kepada China?
Adakah kata-kata Najib sekadar janji untuk memancing undi pilihanraya?
http://shahbudindotcom.blogspot.my

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.