`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, May 13, 2017

Orang ramai merungut sampah bertimbun selepas Himpunan 71 tahun Umno

ORANG ramai merungut dengan keadaan sampah sarap yang bersepah-sepah di sekitar kawasan luar dan dalam Stadium Bukit Jalil Kuala Lumpur selepas Perhimpunan 71 Tahun Umno hari Khamis lalu.


Rungutan itu diluahkan melalui media sosial menyaksikan orang ramai mengkritik sikap peserta himpunan tersebut yang nampaknya seperti tidak kenal dengan tong sampah.

Selain itu, pihak penganjur himpunan terbabit juga dikritik kerana tidak mengambil inisiatif membersihkan sampah sarap yang ditinggalkan oleh peserta selepas perhimpunan berlangsung.


Rungutan-rungutan yang boleh dilihat di media sosial turut disertai dengan kiriman puluhan gambar-gambar dan video keadaan sampah sarap tersebut yang disifatkan sebagai sangat mengecewakan.


Hasil tinjauan aku di media sosial dapat melihat rata-rata orang ramai melahirkan rasa terkejut dengan keadaan sampah sarap yang bertimbun dan sangat mengecewakan.


Di bawah ini pula sebuah rakaman video yang dikongsikan oleh salah seorang pengguna media sosial yang kebetulan lalu di kawasan sekitar Stadium Bukit Jalil.

Sila klik button 'play' untuk menonton.


-milosuam

2 comments:

  1. Wow, what a beautiful place. Nice blog with all information needed! Thank you I read your full blog and it was very informative, and helped me a lot. Travel Agency in India

    ReplyDelete
  2. Orang lain berhimpun penuh berdisiplin. ..dia berhimpun cara dunia ketiga/keempat......masih tak nak mengaku". ....
    Majlis bandaran...!!..tak nak keluarkan "SAMAN"..???????

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.