`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, May 15, 2017

Parti Warisan Shafie hanya proksi Dr M, kata Kitingan

Presiden STAR, Jeffrey Kitingan berkata, Dr Mahathir dan parti politik lain ingin menjatuhkan Umno-BN dengan 'Agenda Malaya' supaya mereka boleh terus berkuasa di Sabah dan mengeksploitasi ia sebagai negeri orang suruhan.
Jeffrey-Kitingan_mahathir_shafie-apdal_600PETALING JAYA: Ahli politik veteran Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan memberi amaran kepada rakyat negeri itu tidak mempercayai Parti Warisan Sabah yang diketuai bekas pemimpin Umno, Datuk Seri Shafie Apdal.

Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) itu mendakwa Warisan sekadar proksi kepada parti baharu Tun Dr Mahathir Mohamad – PPBM.
“Warisan tidak lebih daripada proksi kepada Pasukan B Umno Dr Mahathir di bawah PPBM dan perlu dilihat membawa ‘Agenda Malaya’ sebagai objektif utamanya.
“Umno pimpinan Najib Razak dan PPBM yang diasaskan Dr Mahathir tidak lebih daripada duit syiling dengan 2 permukaan. Jika Najib menang, ia akan menjadi lanjutan untuk eksploitasi Sabah sejak 54 tahun lalu.
“Jika pasukan Dr Mahathir dengan Warisan menang, ia akan kembali kepada Umno Dr Mahathir dan rakyat Sabah tidak mahu itu berlaku,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kitingan berkata, permukaan landskap politik di Sabah nampak seperti rumit, khasnya dengan kepulangan Dr Mahathir dan kononnya sekutunya dengan bekas pemimpin Umno, Shafie.
Shafie ialah bekas menteri kemajuan luar bandar dan wilayah, tetapi menyertai bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengkritik Datuk Seri Najib Razak berhubung skandal 1MDB serta RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun bank peribadi perdana menteri.
Shafie dan Muhyiddin dipecat daripada Kabinet oleh Najib pada Julai 2015 dan kemudiannya dipaksa meninggalkan Umno.
Muhyiddin ialah presiden PPBM yang diasaskan bersama Dr Mahathir dan bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Shafie tidak menyertai PPBM, sebaliknya bertindak menubuhkan Warisan yang berpangkalan di Sabah.
Kitingan mendakwa Warisan cuba mengganggu pakatan pembangkang Sabah yang dipanggil Gabungan Sabah (USA).
“Hanya anggap ia mengenai ‘Agenda Malaya’ melawan ‘Agenda Borneo’,” kata Kitingan.
“Dr Mahathir dan parti politik lain ingin mengambil alih kuasa daripada rejim Umno-BN, dengan membawa ‘Agenda Malaya’ supaya mereka boleh terus berkuasa di negeri Borneo dan mengeksploitasi mereka sebagai negeri orang suruhan.
“Sebaliknya, parti pembangkang tempatan, bersatu di bawah USA atau Gabungan Sabah, membawa ‘Agenda Borneo’ untuk mempertahankan hak, autonomi, kedaulatan dan hak menentukan nasib sendiri.”
STAR yang diketuai Kitingan adalah sebuah daripada 3 parti pengasas USA, dengan 2 parti lain terdiri daripada Parti Progresif Sabah (SABB) pimpinan Datuk Seri Yong Teck Lee dan Parti Cinta Sabah (PCS) diketuai Datuk Seri Wilfred Bumburing.
Ia kemudiannya disertai 2 parti lain, iaitu Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) yang dipimpin Datuk Seri Lajim Ukin dan Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) pimpinan Arshad Abdul Mualap.
Bagaimanapun, bulan lalu, Wilfred dilaporkan berkata, Majlis Tertinggi parti itu membuat keputusan meninggalkan gabungan berusia 2 tahun itu bagi memudahkan ia menjalin hubungan kerjasama lebih baik dengan semua parti pembangkang Sabah untuk mencapat matlamat 1 lawan 1 menentang parti pemerintah.
Kitingan percaya PCS adalah mangsa permainan politik Warisan dan bakal menghadapi akibatnya.
“PCS merancang satu pakatan besar tidak akan berlaku kerana ini akan menjejaskan strategi ‘Sabah untuk rakyat Sabah’ dan setakat ini hanya menerima sedikit minat daripada Warisan, yang mahu berjuang bersendirian ataupun PKR-Pakatan Harapan,” katanya.
Kitingan berkata, walaupun semua parti berpangkalan di Sabah mahu mengubah kerajaan pimpinan Umno-BN, tetapi ia perlu menjadi perubahan lebih baik, bukannya lebih teruk. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.