`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, May 9, 2017

RAFIZI JADI KETUA AUDIT NEGARA?

NAIB Presiden PKR, Rafizi Ramli berhasrat memegang jawatan sebagai Ketua Audit Negara sekiranya Pakatan Harapan berjaya memerintah negara pada PRU14 nanti.
Menurutnya, jika diberi peluang, beliau ingin jawatan tersebut kerana mahu siasat 1MDB dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Saya sendiri mungkin akan dikenakan hukuman penjara tidak lama lagi. Oleh itu tidak mungkin akan bertanding dalam PRU kali ini.
“Cuma nak jadi Ketua Audit Negara sahaja kalau Pakatan Harapan dapat tumbangkan kerajaan BN,” katanya seperti disiarkan dalam Sin Chew Daily.
Rafizi berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam anjuran DAP di Petaling Jaya, Selangor, Sabtu lalu.
Dalam pada itu, di majlis yang sama, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang pula berkata, ramai rakyat Malaysia rasa bangga kerana lahir sebagai rakyat Malaysia, tetapi keadaan ini berubah selepas terbongkarnya skandal 1MDB.
“Hari ini, ramai rakyat Malaysia ketika berada di luar negara akan jadi malu kerana sentiasa ditanya oleh rakyat negara asing mengenai isu 1MDB,” kata Kit Siang.
Menurut Ahli Parlimen Gelang Patah ini, beliau akan terus berjuang dalam arena politik memandangkan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad yang sudah berusia 91 tahun masih bertenaga untuk meneruskan kariernya sebagai ahli politik.
“Saya sudah berusia 76 tahun, tetapi masih nampak muda kalau berbanding dengan Tun Mahathir yang sudah berusia 91 tahun.
“Tun Mahathir dilihat lebih rajin daripada saya. Beliau masih mampu berceramah di seluruh negara dan berjaya memasuki kawasan yang tidak pernah dimasuki parti pembangkang,” kata Kit Siang.
– SH

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.