`

THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!
Image result for ramadan begins 27 May 2017

Monday, May 15, 2017

Rafizi - PEGUAM NEGARA SECARA TIDAK LANGSUNG MENGESAHKAN DOKUMEN SPRMINSIDER ADALAH BENAR

Image result for Rafizi - PEGUAM NEGARA SECARA TIDAK LANGSUNG MENGESAHKAN DOKUMEN SPRMINSIDER ADALAH BENARImage result for Rafizi - PEGUAM NEGARA SECARA TIDAK LANGSUNG MENGESAHKAN DOKUMEN SPRMINSIDER ADALAH BENARImage result for 1MDB DOKUMEN SPRMINSIDER

Saya membaca laporan Malaysiakini mengenai keengganan Tan Sri Apandi Ali, Peguam Negara untuk mengesahkan sama ada dokumen dari laman SPRMInsider yang saya dedahkan selama lebih dua minggu ada benar atau palsu.
.
Apabila beliau enggan menjawab dan menukar topik kepada isu lain setelah ditanya mengenai dokumen itu, secara tidak langsung beliau mengesahkan kesahihan dokumen-dokumen itu.
.
Sebelum ini, pihak berkuasa tidak pernah berlengah untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap saya walaupun isu yang saya bawa itu adalah berkenaan kepentingan awam.
.
Minggu ini, saya menghabiskan masa selama seminggu secara berterusan untuk 2 kes berbeza yang dibawa Peguam Negara:
.
1) Dakwaan di bawah BAFIA berkenaan pendedahan saya mengenai skandal NFC melibatkan keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil
.
2) Dakwaan di bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan kononnya menyebarkan berita buruk mengenai Tabung Haji atas pendedahan saya bahawa rizab Tabung Haji telah menjadi negatif seperti yang terkandung di dalam surat mantan Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz
.
Oleh itu, jika ada sedikit pun yang tidak benar mengenai dokumen SPRMInsider dan pendedahan-pendedahan yang saya telah buat setakat ini, saya yakin saya telah pun ditangkap dan didakwa.
.
Bukan itu sahaja, tidak ada seorang pun yang saya telah dedahkan menerima wang dari akaun peribadi Dato' Seri Najib Tun Razak yang telah membuat laporan polis atau menyaman saya atau menafikan dengan bukti.
.
Individu-individu paling penting (seperti berikut) pun tidak menafikan pendedahan saya:
.
1) Dato' Seri Najib tidak menafikan membelanjakan RM3.2 juta di kedai barang kemas mewah di Itali dalam satu hari yang dibayar dengan wang yang berasal dari SRC
.
2) Dato' Amhari Nazaruddin, pegawai khas Dato' Seri Najib tidak menafikan syarikatnya Orb Solutions Sdn Bhd menerima RM2 juta dari akaun peribadi Dato' Seri Najib dari wang yang berasal dari SRC
.
3) Bank Negara Malaysia tidak menafikan bagaimana seorang yang bernama Ariffin Salleh telah menunaikan cek tunai bernilai RM43 juta dalam masa 3 minggu dalam Januari 2015 yanh sudah tentu dikesan oleh Bank Negara; wang itu berasal dari SRC dan disyaki dari suntikan dana dari Tabung Haji
.
4) Tabung Haji sehingga kini tidak mengeluarkan satu pun kenyataan menafikan penglibatannya dalam keseluruhan pindahan wang keluar masuk ke akaun SRC melalui suntikan dana RM193.5 juta ke dalam Putra Perdana Berhad, yang mana anak-anak syarikatnya digunakan untuk "melapiskan" pindahan wang SRC ke akaun peribadi Dato' Seri Najib
.
Apabila tidak ada seorang pun yang saya telah namakan secara terbuka menafikan atau membuat laporan polis, saya semakin yakin bahawa kesemua pendedahan itu dari dokumen SPRMInsider adalah benar.
.
Apatah lagi apabila Peguam Negara sendiri enggan menafikan kesahihan dokumen itu dan menukar tajuk perbualan apabila ditanya.
.
Oleh sebab itu, Peguam Negara tidak ada alasan untuk tidak mendakwa nama-nama yang saya telah dedahkan setakat ini apabila SPRM menyiapkan kertas siasatan dan dihantar ke Kamar Peguam Negara dalam masa sebulan seperti yang disebut Tan Sri Apandi Ali.
.
Saya menanti Dato' Seri Najib dan Dato' Amhari Nazaruddin didakwa di mahkamah dalam masa terdekat. Jika tidak, rakyat akan menghakimi Peguam Negara yang bernama Apandi Ali ini.
.
RAFIZI RAMLI
Ahli Parlimen Pandan

1 comment:

  1. YB Rafizi....on behalf of the rakyat.....
    "A BIG THANK YOU"

    ReplyDelete