`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, June 4, 2017

Menteri nasihat guru baharu jangan menangis, timba pengalaman dulu

Mahdzir Khalid menasihatkan guru baharu tidak memohon pertukaran hanya selepas setahun mengajar di Sabah dan Sarawak.
Mahdzir-Khalid-guru-pedalaman2KUALA NERANG: Guru baharu yang dihantar untuk mengajar di Sabah dan Sarawak dinasihatkan tidak membuat pemohonan pertukaran ke Semenanjung sekurang-kurangnya sehingga jawatan mereka disahkan terlebih dahulu.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, guru baharu ini perlu menggunakan peluang yang ada untuk menimba seberapa banyak pengalaman mengajar di negeri itu, terutama di kawasan pedalaman.
“Guru baharu yang dihantar ke sana janganlah duduk setahun lepas itu hendak balik…Sekurang-kurangnya duduk 3, 4 tahun dahulu.
“Jangan menangis dulu dalam tempoh setahun itu. Ambil peluang yang diberi ini untuk timba pengalaman dan rasai keseronokan duduk di kawasan pedalaman,” katanya kepada pemberita semalam.
Terdahulu, Mahdzir melawat dan memberi sumbangan kepada 2 penerima yang menghidap penyakit angin ahmar dan sakit tua di Kampung Padang Bakong, di sini.
Beliau berkata demikian mengulas lambakan pemohonan “guru duka lara” untuk membuat pertukaran pulang ke negeri masing-masing.
Kementerian Pendidikan sebelum ini meluluskan 2,261 permohonan pertukaran kes “guru duka lara” daripada 6,636 pemohonan bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini.
“Pertukaran memang boleh dibuat, tetapi ia perlu mengikut peraturan dan jumlah yang memohon juga banyak, sebab itu proses pertukaran akan mengambil masa sedikit.
“Kita juga perlu lihat jumlah bakal guru yang akan keluar dari Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan universiti awam bagi memastikan jumlah yang pulang dan dihantar adalah sama,” katanya.
Mahdzir berkata, 2 lagi pertukaran “guru duka lara” akan dilakukan pada Oktober dan Disember tahun ini. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.