`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, June 20, 2017

MOI Dan Pemimpin UMNO Tidak Berani Putuskan Hubungan Diplomatik Dengan Amerika Syarikat

Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur membuat kenyataan bahawa sehingga kini tidak ada sebarang bantahan rasmi daripada Kerajaan Malaysia telah diterima oleh Jabatan Penghakiman Amerika Syarikat atau US Department of Justice (DOJ) berkenaan kes penyelewengan wang berbilion Dolar Amerika dari syarikat 1MDB. 

Yang berikut adalah berita Malaysiakini :



no protest note from M'sia to US Department of Justice (DOJ) 
despite numerous cabinet minister's claim that DOJ's suit was interference
US embassy spokesperson confirmed no correspondence from Putrajaya 
following DOJ's court filing Thurs to seize 1MDB-linked properties US1.7b
"None that we are aware of," said Drake Weisert

My comments : Maksudnya segala tuduhan dan tohmahan bahawa US DOJ berkonspirasi untuk jatuhkan MO1 hanya "bising tin kosong" sahaja oleh pemimpin UMNO yang tidak tahu bagaimana lagi hendak menjawab hujah yang begitu terperinci dan kenyataan rasmi US DOJ itu.

Mereka sudah mati akal. Maka keluarlah kenyataan media yang menunjukkan pemikiran kebudak-budakan yang 'immature' atau kurang matang.

Dua tahun sudah berlalu sejak MO1 "mengancam" untuk saman Wall Street Journal. Kertas dan dokumen dalam fail peguam beliau pun sudah jadi kuning. Tak lama lagi kerusi meja pejabat peguam beliau pun mungkin dimakan anai-anai. Tetapi masih belum saman Wall Street Journal lagi.

Sekarang timbul pula tuduhan konspirasi terhadap Jabatan Penghakiman Amerika Syarikat.   

Sebagai Kerajaan sesebuah negara yang merdeka dan bermartabat dalam dunia, Kerajaan pimpinan MO1 mempunyai beberapa saluran yang sah dan rasmi untuk menangani 'konspirasi' oleh Jabatan Penghakiman Amerika Syarikat (US DOJ).

1. Pertama Kementerian Luar Negara (Anifah Aman) boleh memanggil Duta Amerika datang menghadapnya untuk memberi penjelasan dan juga diberi teguran oleh Kerajaan Malaysia.  Ini pun masih belum di buat.

2. Pejabat Perdana Menteri boleh membantah secara rasmi kepada Jabatan Luar Amerika Syarikat (US State Dept) atau terus kepada US DOJ.  Sepertimana boleh disangka, Jabatan Perdana Menteri terlalu takut untuk membuat apa jenis bantahan pun.

3. Untuk membantah konspirasi US DOJ untuk jatuhkan MOI, Malaysia boleh putuskan hubungan diplomatik dengan Amerika Syarikat.  Tetapi ini pun tidak akan dibuat oleh kerajaan MOI.

4.  Kerajaan MOI boleh menghantar wakil Pejabat Peguam Negara untuk menghadiri dan mencampuri (intervenor) kes sivil US DOJ di mahkamah di Los Angeles, California.  Tetapi ini pun tidak akan dibuat oleh Kerajaan MO1.

5. Menteri B dan M boleh kumpulkan rakan-rakan yang berekor untuk membantah di depan kedutaan Amerika Syarikat,  contohnya selepas sembahyang Jumaat akan datang. Tetapi ini pun tidak akan dibuat oleh Menteri B dan M. 

Jabatan Penghakiman Amerika Syarikat (US DOJ) mempunyai senjata yang sangat besar dan berkuasa  yang sangat menakutkan MO1 dan gerombolannya.  Senjata itu adalah warrant tangkap atau warrant of arrest bagi MO1, isteri dan anak tiri MO1.  

Percayalah, Warrant of Arrest ini 100% pasti akan menjadi bila kes 1MDB dimajukan lagi mengikut proses penghakiman Amerika Syarikat - ia itu secara slow tetapi sangat steady.

Dan sebelum warrant of arrest dikeluarkan, MO1 serta isteri MO1  sudah tidak boleh melawat atau menjelajah ke mana-mana negara luar lagi, walaupun mewakili negara secara rasmi.

MOI dan isterinya bakal menjadi pemimpin kerajaan yang pertama ditangkap oleh FBI atau mana-mana jabatan polis negara lain yang bekerjasama dengan US DOJ. 

Ianya sudah tentu akan menjadi satu peristiwa yang sangat memalukan sejak orang Melayu mula bertamaddun dan berkerajaan.  Tetapi ia tetap akan berlaku.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.