`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, June 8, 2017

MRT Semantan-Kajang dilancar Julai ini

Fasa 2 MRT Semantan-Kajang sejauh 30km melibatkan 19 stesen melalui kawasan populasi tinggi seperti Kajang dan Cheras.
MRTPUTRAJAYA: Fasa 2 perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Semantan-Kajang akan dilancarkan pada 17 Julai ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata fasa ke-2 itu akan melengkapkan jajaran MRT Sungai Buloh-Kajang sepanjang 51km.
Beliau berkata fasa pertama laluan Sungai Buloh-Semantan yang mempunyai 12 stesen mula beroperasi pada 16 Disember lalu.
“Melalui kedua-dua fasa MRT tersebut, kerajaan menjangkakan perkhidmatan ini akan dapat memberi manfaat kepada lebih 500,000 penumpang yang menggunakannya setiap hari,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Rancangan Fizikal Negara Ke-3, Dasar Perbandaran Negara Ke-2 dan Dasar Perancangan Fizikal Desa Negara hari ini.
Hadir sama ialah Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar dan timbalannya, Datuk Halimah Mohd Sadique.
Fasa 2 MRT Semantan-Kajang sejauh 30km itu melibatkan 19 stesen yang akan melalui kawasan populasi tinggi seperti Kajang dan Cheras serta destinasi popular pelancong seperti Muzium Negara dan Pasar Seni.
Jajaran MRT Sungai Buloh-Kajang sepanjang 51km ini terdapat 31 stesen di sepanjang laluan termasuk 7 stesen bawah tanah.
Setiap tren mempunyai 4 gerabak dengan kapasiti penumpang sebanyak 1,200 orang. Kekerapan tren dijangka setiap 3.5 minit apabila dilancarkan. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.