`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, June 11, 2017

Rombakan PDRM besar-besaran selepas Aidilfitri

Bagaimanapun Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pertukaran dalam PDRM merupakan perkara biasa dan hanya sesekali pertukaran 'luar biasa' akan dilakukan.
khalid-abu-bakar-jsjn-pdrmIPOH: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membuat rombakan besar-besaran peringkat atasan di semua bahagian di Bukit Aman dalam masa terdekat, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Katanya, setakat ini sekurang-kurangnya 20 anggota dari bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman telah pun ditukarkan.
“Peringkat bawahan JSJN kita dah mula buat beberapa pertukaran jadi ada sedikit lagi pertukaran kita akan buat.
“Tetapi suka juga saya nyatakan bahawa dalam tempoh terdekat ini PDRM akan membuat rombakan besar di peringkat atas, mungkin selepas raya,” katanya kepada pemberita selepas program Singgah Sahur Warga PDRM bersama Ketua Polis Negara di sini, hari ini.
Bagaimanapun beliau berkata pertukaran dalam PDRM merupakan perkara biasa dan hanya sesekali pertukaran ‘luar biasa’ akan dilakukan. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.