`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, June 10, 2017

SIASATAN DALAMAN SELESAI, CEO FGV AKAN DIBERI SURAT TUNJUK SEBAB SELASA INI?

Siasatan dalaman terhadap CEO FGV, Zakaria Arshad berhubung urusniaga mencurigakan antara Safitex dengan Delima Oil Products Sdn Bhd sudah pun selesai dan keputusannya satu surat tunjuk sebab akan dikeluarkan terhadapnya.
Lembaga Pengarah FGV difahamkan sudah memperakukan dapatan siasatan dalaman itu dan bersetuju mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Zakaria untuk beliau menjawab tuduhan-tuduhan yang dikenakan terhadapnya.
Surat tunjuk sebab itu akan diberikan kepada Zakaria pada Selasa, 13 Jun ini.
Kewujudan sesuatu yang tidak kena dalam urusniaga antara Safitex dengan Delima Oil diperolehi melalui laporan tahunan audit FGV iaitu PriceWater House dan ia kemudian dilaporkan kepada Lembaga Pengarah.
Dalam dapatan itu dikatakan hutang tertunggak yang gagal dikutip oleh Delima Oil, anak syarikat FGV daripada Safitex dalam tahun kewangan 2014, 2015 dan 2016 sudah mencecah angka melebihi RM50 juta.
Dalam isu hutang tertunggak itu, bukan saja kegagalan mengutipnya yang menimbulkan masalah, malah Zakaria yang merupakan bekas Pengarah Urusan Delima Oil pernah mencadangkan agar RM50 juta itu dijadikan hutang lapuk saja oleh FGV.
Melalui dapatan PriceWater House itulah yang kemudian membawa  Isa meminta Zakaria meletakkan jawatan secara baik bagi mengelakkan nama baik FGV terus terjejas.
Bagaimanapun Zakaria menolak permintaan Isa itu dan dengan tergesa-gesa menulis surat kepada Isa dengan salinannya kepada pelbagai pihak yang lain untuk mempertahankan dirinya, meskipun ketika itu belum lagi sebarang tuduhan secara rasmi ditujukan kepadanya.
Lembaga Pengarah FGV kemudian memutuskan untuk menggantung tugas Zakaria bersama tiga yang lain sementara menunggu siasatan dalaman dijalankan terhadapnya.
Panel siasatan dalaman oleh sebuah syarikat audit bebas dengan dibantu oleh pihak guaman yang dilantik oleh FGV hanya diwujudkan setelah Zakaria berkeras tidak mahu meletakkan jawatannya berdasarkan keraguan sesuatu yang tidak kena dalam laporan audit PriceWater House berhubung urusniaga Safitex dengan Delima Oil.
Sebelum ini, Pengerusi FGV, Isa Samad ada memaklumkan kepada media bahawa satu surat tunjuk sebab akan dikeluarkan kepada Zakaria berhubung urusniaga Safitex dengan Delima Oil yang menyebabkan syarikat itu menanggung kerugian besar.
Kata beliau, surat tunjuk sebab itu akan dikeluarkan sebaik saja siasatan dalaman selesai menjalankan tugasnya.
Kita ikut prosedur dan Lembaga Pengarah FGV akan menentukan kedudukan Zakaria berdasarkan jawapannya dalam surat tunjuk sebab itu nanti, katanya sebagaimana dipetik pada 8 Jun lalu.
Dalam pada itu, berhubung siasatan dan pengambilan dokumen oleh SPRM di Menara Felda pada 8 Jun lalu yang mengambil masa selama kira-kira 8 jam dan melibatkan 40 anggota, sumber-sumber memberitahu serbuan hanya dilakukan di pejabat CEO saja.
Pegawai SPRM dikatakan langsung tidak naik ke tingkat di mana pejabat Pengerusi FGV terletak, walaupun ketika itu Isa dilaporkan berada di pejabatnya.
Ini bermakna, berkotak-kotak dokumen yang dirampas oleh SPRM adalah daripada pejabat Zakaria, bukan daripada pejabat Isa.
Ketika kunjungan Idris Jala ke Menara Felda pada hari yang sama dengan serbuan SPRM setelah dilantik oleh Pejabat Perdana Menteri untuk menangani kemelut yang sedang berlaku dalam FGV, antara yang turut ditemuinya ialah Isa sendiri.
Dalam pertemuan itu, Isa difahamkan turut memberikan beberapa dokumen berkaitan Zakaria dan tindakan yang diambil oleh Lembaga Pengarah FGV kepada Idris untuk membantu tugas yang sedangkan dijalankannya.
 
Sumber itu juga memberitahu, Isa langsung tidak terganggu dengan pelbagai laporan media terhadapnya kerana tahu apa yang sedang dilakukannya dan sentiasa memberi laporan setiap perkembangan kepada  “orang atasan” yang berhak tahu mengenai kemelut FGV itu.
– http://shahbudindotcom.blogspot.my

1 comment:

  1. Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
    Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya dan beliau juga membantu untuk melariskan usaha/dagangan saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekarang saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) atau anda yg punya usaha ingin melancarkan usaha anda jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...





    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.