`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, July 14, 2017

Adun Rembat RM50 ribu utk pergi keluar Negara


 Adun Pulai Chondong, Zulkifli Mamat gagal menjawab dengan berfakta persoalan yang Dato Husam Musa kemukakan kepadanya dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan kelmarin.

 Zulkifli Mamat hanya mampu mengejek dan menghanjing Husam Musa disepanjang ucapannya tanpa menjawab dengan fakta.

  Mungkin kerana keadaan ini telah menyebabkan Husam hilang kesabarannya lalu terpacul keluar tuduhan berat dan memalukan yang dilemparkannya kepada Zulkifli Mamat.

  Tuduhan yang dilemparkan Husam ini sangat berat dan menjejaskan imej, reputasi, kedudukannya sebagai Tok Wakil dari parti yang mengaku memperjuangkan Islam.

 Kalau tuduhan Husam hanyalah fitnah, Zulkifli Mamat perlulah mengambil tindakan mahkamah ke atas Husam demi menjaga maruahnya yang telah tercemar itu.

  Ikuti rakaman VDO dan transkrip tuduhan Husam terhadap Zulkifli Mamat seperti berikut :


  Husam : Dia ambil duit 50 ribu, daripada satu tauke untuk pergi keluar Negara dan YB Kaduk telah mempengerusikan satu mesyuarat khas KPK; tiga orang sahaja yang hadir dalam mesyuarat tersebut.

 Dan YB Kaduk telah meminta wang ini dibawa oleh KPK kerana satu Adun telah mengambil wang RM50 ribu utk pergi keluar Negara.

 Dan yang hadir dalam mesyuarat tersebut, tanpa minit mesyuarat diedarkan. Hanya Pengurus Besar KPK yg membentangkan secara komputer – melalui skrin komputer perkara-pekara yg telah saya sebutkan tadi.

 Pada ketika ini Adun Pulau Condong bangun memotong hujah Husam dan meminta bukti dan beliau berjanji akan berdepan dan bertanggung jawab sepenuhnya.

Husam : YB minta Dato Menteri Besar minta izin didedahkan Laporan Odit Dalam SUK KPK. Saya bersedia mendedahkan semua, saya akan bawa saksi.

 Husam minta supaya ditubuhkan komitee khas atau Jawatankuasa kira-kira , Dato Hasan jadi pengerusi boleh panggil… saya bawa saksi!

 Zulkifli Mamat kata perkara ini pernah dilaporkan kpd SPRM. Tetapi disanggah oleh Husam.

Husam : Saya tak pernah report. Saya tidak pernah guna saluran SPRM! Tapi hari ini Pulau Condong mahu saksi saya bawa.

Zulkifli Mamat : OK saya nak!

 Husam minta supaya ditubuhkan jawatankuasa dibawah Dewan Undangan Negeri ; atau Jawatankuasa Pemeriksa. Sedang dalam keadaan yang berserabut dengan masing-masing berbalah, Husam turut menempelak Adun Meranti, Nassuruddin Haji Daud, Ketua Dewan Ulama (Sudin Copong) yang turut mencelah.

Husam : Ini tanah di Pantai Senak, saya ada kes dengan dia! (Husam merujuk kepada Sudin Copong)

 Bila Husam sebut saja pasal tanah Pantai Senak Bachok itu, Sudin Copong terus terduduk diam dan hanya mampu tersengih-sengih tanpa berani nak menyampuk balas bidasan Husam itu. 

Kedengaran ahli-ahli dewan turut ketawa dan ada yang menepuk meja pakat suka!

 Pada masa ini MB Kelantan telah bangun dan mencelah.

MB Ahmad Yaakob : YB Dato Speaker, apa yang disebut oleh YB Salor juga YB Pulau Condong, dalam perhatian saya. Saya sedang meneliti laporan daripada odit. Sekarang ini ada perkara yg perlu saya teliti lagi.

Tidak tahu berapa lama jangka masa yang diperlukan bagi Ahmad Yaakob untuk mengambil langkah yang selanjutnya.

 Jika kerajaan Kelantan benar-benar telus, patut diterima cadangan Husam supaya ditubuhkan satu komitee khas atau Jawatankuasa kira-kira dibawah Dewan Undangan Negeri ditubuhkan segera.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.