`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, July 12, 2017

‘HB TU APA?’ – TUN M

PETALING JAYA – Tweet balas tiga perkataan yang cuma mengandungi lapan aksara daripada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada seorang pengguna Twitter mencuit hati netizen.
Pengguna berkenaan, Azmi Ramli mengucapkan ‘HB Tun’ kepada bekas pemimpin itu sempena sambutan ulang tahun yang ke-92 pada Selasa.
Dr Mahathir yang dipercayai tidak memahami slanga Internet itu bertanya kembali kepada Azmi Ramli: “HB tu apa?”
Setakat ini, tweet tersebut yang dibalas pada pukul 5.58 petang Selasa sudah mendapat 686 ulang kicau (retweet) dan 489 tanda suka.
Sementara itu, Caleb Badrul menjelaskan kepada Dr Mahathir bahawa tweet berkenaan merupakan gaya ucapan hari jadi alaf baharu.
Manakala @iamkabin pula menulis: “Bahasa alaf baharu. Kerana kami memang pemalas begitu. Selamat ulang tahun Tun!”
Bekas perdana menteri Malaysia yang memerintah selama 22 tahun itu dilahirkan pada 10 Julai 1925.
image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/07/11/tweet-dr-m/~/media/389ea061c5a1483dbd5c83f40689b215.ashx?la=en
Terdahulu, Dr Mahathir memuat naik di Twitter gambarnya dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali menunjukkan hidangan pulut kuning sempena hari jadinya.
“Sambutan Hari Jadi ke-92? Saya rasa mereka salah orang. Saya baru 29 tahun.
“Terima kasih diatas ucapan dan doa yang diberikan,” tweet beliau.
– Mstar

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.