`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, July 15, 2017

PAHANG MUNGKIN BOLEH IKUT KELANTAN, KATA MUFTI

Negeri Pahang mungkin boleh mengikuti jejak langkah Kelantan dalam melaksanakan hukuman sebat di khalayak ramai bagi kesalahan syariah.
Bagaimanapun, muftinya Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman, berkata perkara itu hanya akan dibincangkan setelah melihat kejayaan pelaksanaannya di Kelantan.
“Kalau ikut peraturan dan majlis setuju, bolehlah. Tak ada masalah.
“Tapi kita bincang lagi (hukuman sebat). Tetapi mungkin (Pahang) satu masa (nanti) apabila melihat perkembangan yang dilakukan Kelantan nampak ada kesan semua, mungkin.
“Kalau itu beri kesan besar menyebabkan orang Islam tidak lagi berjudi dan orang Islam jadi lebih baik (tak ada masalah untuk laksanakan),” kata Abdul Rahman kepada Malaysiakini.
Beliau ditanya apakah Pahang juga bercadang mengikuti jejak Kelantan dalam meluluskan hukuman sebat itu serta sejauh mana perkara itu dibincangkan pihaknya.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada Rabu meluluskan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) yang antara lain membolehkan hukuman sebat dijalankan di khalayak ramai.
Bercakap kepada Malaysiakini pada Jumaat, Abdul Rahman bagaimanapun berkata ia memerlukan penelitian dan kerjasama pelbagai pihak terlebih dahulu.
“Undang-undang ini bukan mudah untuk mufti cakap, ada jawatankuasanya, ada banyak prosedur dan kena mendapat kelulusan Majlis Agama Islam.
“Banyak kerjalah nak buat,” kata Abdul Rahman.
Mufti Pulau Pinang: Situasi negeri tak sama
Sementara itu, Mufti Pulau Pinang, Datuk Wan Salim Wan Mohd Noor berkata pelaksanaan hukuman tersebut berbeza mengikut kesesuaian setiap negeri.
Menurut Wan Salim setiap negeri ada situasi tersendiri dan mungkin pendirian pihak berkuasa juga berbeza.
“Itu terpulang kepada Kelantanlah kalau majoriti mereka bersetuju untuk melaksanakannya.
“Tapi dalam konteks negeri lain mungkin ada pendirian yang berbeza memandangkan komposisi penduduk juga berbeza.
“Kita tidak boleh ganggu kemahuan (pelaksanaan hukuman) mereka tetapi mereka tidak boleh samakan situasi di Kelantan dengan negeri lain sebab setiap negeri ada situasi tersendiri dan mungkin pendirian pihak berkuasa juga berbeza,” kata Wan Salim ketika dihubungi Malaysiakini.
Wan Salim berkata walaupun adalah menjadi kewajipan melaksanakan hukum Islam itu namun ia tetap perlu dibuat mengikut kesesuaian.
Tegas Wan Salim, walaupun pada dasarnya adalah menjadi kewajipan dalam melaksanakan hukum Islam namun ia tidak semestinya dilaksanakan segera.
“Ada kewajipan dalam Islam yang kita perlu laksanakan segera dan ada yang kita boleh tangguhkan sehingga sampai waktu yang sesuai.
“Sebab pelaksanaan hukum tersebut adalah bagi tujuan kebaikan tetapi apabila kita dapati ia tidak sampai kepada maksud atau hasil yang sepatutnya kita tidak boleh laksanakan,” kata Wan Salim.
Tambah Wan Salim, ini kerana menerima undang-undang dan melaksanaannya adalah dua perkara yang berbeza.
“Kita kena ambil kira kesesuaian itu supaya keadilan yang ingin dicapai di sebalik pelaksanaan itu kita boleh dapat.
“Kalau tidak adil itu maknanya bukan hukum Islam, mungkin aplikasinya tidak betul di sudut situasi itu,” kata Wan Salim.
– M’kini

1 comment:

  1. Man..oo.oh..man
    Dari sekolah ..sampai dah tua bangka...masih tak confident nak
    bercakap ..apa itu kebenaran...
    Dah pegang jawatan tinggi dalam majlis agama...masih nak cari "mileage" lagi..untuk menambahkan sokongan.....
    Sudah - sudah la.a...a.
    dah tua...cari jalan untuk mendamai kan jiwa kita..dari nak bermain politik.....
    Satu pasanan. ."kenal diri sendiri sebelum kamu nak mengenali orang lain ".....Asalamualaikum tuan Dr/Haji...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.