`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, July 16, 2017

Reezal Merican dakwa Dr Mahathir khianati Umno

Beliau berkata perkara itu berdasarkan kepada tindak-tanduk bekas perdana menteri itu yang sering melakukan pusingan 'U' terutamanya membabitkan isu Datuk Seri Anwar Ibrahim.
reezal-umno-mahathir

KEPALA BATAS: Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengkhianat Umno kerana berpaling tadah menyokong dan menyertai Pakatan Harapan demi kepentingan peribadi.
Beliau berkata perkara itu berdasarkan kepada tindak-tanduk bekas perdana menteri itu yang sering melakukan pusingan ‘U’ terutamanya membabitkan isu Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurutnya jika dahulu Dr Mahathir sendiri menghasut akar umbi berhubung salah laku bekas timbalan perdana menteri itu, namun kini sebaliknya.
“Sebelum ini Dr Mahathir sendiri yang laungkan bahawa Anwar ini jijik dan menyebarkan secara meluas ke peringkat akar umbi tetapi… beliau secara tiba-tiba membuat pusingan ‘U’ menyatakan bahawa pemenjaraan Anwar dilakukan secara tidak adil dan tidak melalui sistem perundangan yang betul.
“Ini jelas menunjukkan keperibadian beliau yang sanggup mengkhianati Umno yang pernah diterajuinya selama 22 tahun,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian persidangan perwakilan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Kepala Batas oleh Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, di sini hari ini.
Terdahulu, ketika merasmikan persidangan itu, Zambry mengingatkan semua anggota dan pemimpin Umno untuk membuat persiapan secukupnya bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14). -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.