`

THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

Tuesday, July 11, 2017

Susahnya 'Nak Masuk Islam' Di Selangor, Karenah Biokrasi Banyak Sangat..

Oleh : E-man Raser
KESABARAN SAYA HILANG LALU NAIK LAH SUARA SAYA DENGAN SEMUA KAKITANGAN & PEGAWAI JAIS DAERAH PETALING 11.30 PAGI TADI
Ceritanya begini......
8.00 am - Kawan lama talipon saya - kenalan lama lebih 20 tahun, nak jumpa (dah 2 bulan tak jumpa) katanya "Nak Masuk Islam"
9.00 am - Saya talipon Pejabat Masjid Negeri, tanyakan pegawai macam mana proses untuk Mualaf, pegawai memaklumkan, sila berhubung dgn Pihak JAIS. Kalau yang nak masuk Islam tinggal di Subang Bistari. Boleh dapatkan nasihat dari JAIS di Kompleks Kerajaan Subang Bistari.
9.30 am - Tiba di Kompleks Kerajaan Subang Bistari. Tapi tak jumpa Pejabat JAIS. Rujuk kaunter pertanyaan, mereka suruh ke Kompleks Syariah 2 KM dari Kompleks Kerajaan Subang Bistari.
10.30 am - Tiba di Kompleks Syariah Subang Bistari. Rujuk pegawai disana, mereka maklumkan disini hanya untuk soal nikah cerai. Untuk kebajikan dan mualaf, Sila rujuk pejabat JAIS yang berdekatan. Samada JAIS Gombak Selatan di Kuang atau JAIS Petaling di Shah Alam di depan Masjid Negeri.
11.15 am - Tiba di Kompleks JAIS di Shah Alam. Bertanya di kaunter banggunan, mereka suruh ke tingkat 5 Menara B. Sampai di tingkat 5 - Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam Negeri Selangor - YB Tn Hj Ahmad Yunus Bin Hairi. YB tiada dan Saya rujuk pegawainya. Saya diminta tingkat 1 Menara A - Pejabat JAIS Daerah Petaling. Ustazd(Pegawai) tersebut memaklumkan semua urusan Mualaf adalah di bawah pentadbiran JAIS Daerah.
11.30 am - Tiba di Tingkat 1 Menara A. Ya betul di sini Pejabat JAIS Daerah Petaling. Tapi urusan Mualaf kami sudah tidak buat disini, kata kaunter Pejabat tersebut.
Semua urusan Mualaf adalah dibawah Zakat Selangor sekarang dan pegawainya di Masjid Negeri. Adoi!!
Saya merayu kepada mereka, Saya ni dah kehulu hilir sejak pagi tadi. Bantulah saya...apa keperluan2 untuk mualaf. Kaunter tu jawab, kami tak tahu sebab hanya pegawai tersebut yang paham. Nanti saya tanya pegawai kat belakang (kaunter) - pegawai wanita.
Pegawai tu rapat ke Kaunter dan maklumkan kepada saya "Semua urusan dah di pindahkan dari sini". Kami tak tahu, encik boleh rujuk pegawai di Zakat Selangor tu.
ADOII!!! (Tak tahan dah perasaan saya) dan......
"Puan, kawan saya nak masuk Islam, Saya ni datang ke Pejabat Jabatan Agama Islam Negeri Selangor. Bukan Ke Pejabat Jabatan Kerja Raya atau Jabatan Parit dan Saliran. Kalau saya nak mengadu kat Puan ada Jalan Rosak dan banjir.. Puan mintak saya rujuk pegawai di JKR atau JPS...memang saya boleh terima.
Tapi sekarang saya bertanyakan keperluan untuk Masuk Islam di Pejabat Jabatan Agama Islam .... Puan dan Kaunter Pejabat tak tahu, memang Saya tak boleh terima. The Basic Function of JAIS to facilitate Mualaf process .... too bad laa if the whole office said "no idea".
Terkejut semua yang berada di Pejabat tersebut termasuk beberapa pelangan2 Pejabat yang meneriak menyokong saya ... ini birokrasi!!
Saya sambung... ok biar saya Ke Masjid Negeri (Zakat Selangor), Saya harap yang di pejabat JAIS ini...ubahlah sikap... your main duty is what??
12.00 pm - Saya tiba di Zakat Selangor. Bertanyakan pegawai yang in charge Mualaf , mereka halakan saya ke Pejabat Perkim di sudut kecil di Masjid Negeri. Alhamdulillah Saya berjumpa dengan Pn Dewi di PERKIM dan dia bantu saya semua keperluan2 untuk proses Syahadah rakan saya.
4.00 pm - Alhamdulillah Dengan izin Allah SWT, rakan Saya Jimmy Yew Ong Sew di syahadahkan Oleh Pegawai Perkim Ustazd Yusof dengan nama barunya Muhammad Jimmy Bin Abdullah. Saya dan jiran saya Muszali, menjadi saksi majlis tadi dan diakhir doa yang disempurnakan Ustazd Yusof tadi... bergenang air mata jimmy ... mungkin disebabkan dengan kurniaan hidayah dari Allah SWT. (kita yang lahir-lahir sebagai Islam mungkin tak pernah merasainya)
#Ustd Yusof juga ada menjelaskan bahawa urusan pendaftaran Mualaf ini diuruskan Oleh Pegawai Jais di Zakat Selangor. Tapi disebabkan struktur masih belum stabil, Perkim Selangor membantu menampung urusan2 tersebut.
Kesimpulan dari peristiwa hari ini. Cabaran dan Dugaan Allah tu memang satu kurniaan Allah juga. Kita bersyukur setiap yang diatur dan ditentukan itu, adalah kurniaan dari Allah SWT juga.
Bagi kakitangan JAIS dan mungkin EXCO yang berkaitan, ambillah langkah2 proaktif untuk berubah supaya berfungsi sebagai "enabler" bukan sebagai "gate keeper" khususnya bagi urusan2 agama dan apa jua yang mendatangkan kebajikan kepada semua masyarakat.
Wallahu Alam.
Ahmad Mansor Sa
7 Julai 2017.

-sozcyili

No comments:

Post a Comment