`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, July 18, 2017

WOW! APANDI: SAYA TIDAK TAKUT SESIAPA, TERMASUK MAHATHIR

PEGUAM Negara Mohamed Apandi Ali hari ini menempelak amaran Dr Mahathir semalam beliau perlu menjawab kerana menyembunyikan bukti siasatan berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dan berkata beliau tidak takut kepada sesiapa kerana tiada apa yang disembunyikan.
“Saya tidak takut kepada sesiapa termasuk Mahathir. Saya tidak takut kepada manusia tetapi takut kepada Allah,” katanya dalam satu mesej pesanan ringkas kepada The Malaysian Insight.
“Apa sahaja yang saya lakukan sebagai peguam negara adalah berdasarkan fakta yang terkandung dalam kertas siasatan. Tiada apa yang nak disembunyikan.”
Pada ceramah Pakatan Harapan di Shah Alam malam tadi, Dr Mahathir berkata kepada 2,000 yang hadir Apandi boleh dipertanggungjawabkan kerana menyembunyikan bukti berkaitan 1MDB.
“Jabatan Peguam Negara melakukan kedalahan besar. Anda semua akan tahu bila kita menang nanti,” katanya.
Pengerusi PH itu juga berkata apabila pakatan pembangkang menang, mereka akan meminta peguam negara menjelaskan sama ada terdapat bukti jenayah disembunyikan.
Apandi pada tahun lalu menyatakan Perdana Menteri Najib Razak tidak melakukan sebarang kesalahan dalam skandal 1MDB.
Beliau turut menolak saman yang difailkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat  (DoJ) bulan lalu, membawa kepada jumlah keseluruhan wang didakwa dicuri daripada 1MDB kepada AS$ 4.5 bilion, dengan sebab yang sama iaitu kekurangan bukti salah laku.
DoJ menyasarkan untuk merampas aset bernilai AS$1.7 bilion termasuk sebuah kapal layar bernilai AS$165 juta milik Low Thaek Jho juga dikenali sebagai Jho Low.
Pada Jun tahun lalu, DoJ memfailkan saman untuk merampas aset berkaitan bernilai lebih AS$1 bilion yang digambarkan sebagai  “konspirasi antarabangsa untuk penggubahan dana yang disalahgunakan” daripada 1MDB, merupakan kes terbesar yang pernah dibawa Inisiatif Pemulihan Aset Kleptokrasi.
Saman AS itu turut membabitkan beberapa orang warga Malaysia termasuk “Malaysian Official 1”, yang kemudiannya disahkan menteri kabinetnya, Abdul Rahman Dahlan sebagai Perdana Menteri Najib Razak.
– https://www.themalaysianinsight.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.