`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, August 9, 2017

DALAM KEADAAN NEGARA BERGELUMANG DALAM SKANDAL KEWANGAN 1MDB, HANYA PEKERJAAN BERGAJI RENDAH DAN MENENGAH-BAWAH DITAWARKAN DALAM EMPAT TAHUN KEBELAKANGAN INI.

Perdana Menteri Najib Razak dan bekas Menteri Pemandu Idris Jala meuar-uarkan bahawa kita hanya kurang 15% sahaja daripada mencapai tahap negara berpendapatan tinggi.
Namun, berdasarkan laporan Menteri Sumber Manusia kepada saya di Parlimen pada 3 Ogos 2017, realitinya amat muram sekali.
Saya telah bertanya soalan tentang bilangan peluang pekerjaan yang diwujudkan dalam tempoh beberapa tahun ini.
Berikut merupakan antara jawapan yang diberikan Menteri:
Tahun
Bilangan pekerjaan yang ditawarkan
2013
166,343
2014
98,286
2015
115,237
2016
133,401
2017 (sehingga Julai 2017)
159,325
Jumlah
672,592
Jadual 1: Bilangan pekerjaan yang ditawarkan mengikut tahun (Sumber: Jawapan Parlimen oleh Menteri Sumber Manusia kepada Ahli Parlimen Bukit Mertajam pada 3 Ogos 2017)
Menteri enggan memberikan perincian lanjut tentang pekerjaan ini termasuk pecahan mengikut industri. Beliau sekadar menyatakan bahawa “kebanyakan kekosongan jawatan ini disumbangkan oleh sektor utama seperti pembuatan, pembinaan, pertanian, perladangan, dan perkhidmatan”.
Mengikut kenyataan Menteri yang sama, dalam tempoh masa empat (4) tahun ini, “purata gaji yang ditawarkan adalah antara RM1000 hingga RM5000”.
Bandingkan ini dengan M40, takrifan kerajaan sendiri untuk golongan berpendapatan 40% pertengahan dengan pendapatan bulanan antara RM3,860 – RM8,319. (Source:https://www.malaysiakini.com/news/316993)
Dalam kata lain, pekerjaan yang ditawarkan dalam tempoh empat tahun kebelakangan ini hanyalah pekerjaan bergaji rendah dan menengah-bawah sahaja.
Kerajaan gagal sama sekali untuk menanangi masalah pekerjaan untuk anak muda
Berita yang lebih buruk ialah; anak muda Malaysia tidak mendapat peluang pekerjaan tersebut, waima pekerjaan bergaji rendah sekalipun.
Di masa Menteri kita begitu bangga mengumumkan adanya lebih 672,000 peluang pekerjaan, anak muda Malaysia hanya mampu melihat sahaja tanpa dapat merasainya.
Kadar pengangguran belia negara kita telah meningkat hampir 4% sejak 2013. Mengikut Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia yang dikeluarkan pada Mac tahun ini, kadar pengangguran belia mencecah 10.7% pada tahun 2015, iaitu tiga kali ganda lebih tinggi daripada kadar pengangguran nasional 3.1%.
Daripada lebih kurang 468,000 penganggur di Malaysia pada 2015, 60% merupakan anak muda Malaysia berumur antara 20-29 tahun.
Kumpulan umur
Bilangan penganggur
15-19
84,000
20-24
189,000
25-29
92,000
30-34
35,000
35-39
20,000
40-44
12,000
45-49
9,000
50-54
6,000
55-59
2,000
60-64
1,000
Jadual 2: Bilangan penganggur mengikut kumpulan umur, 2015 (Sumber: Laporan Tahunan 2016, Bank Negara Malaysia)
Semua ini bukan perkara yang mengejutkan. Di bawah gabenor yang terdahulu, Bank Negara telah memberi amaran tentang krisis keyakinan dan kredibiliti terhadap ekonomi Malaysia yang disebabkan oleh skandal kewangan yang tidak terselesai.
Dalam keadaan negara kita bergelumang dalam skandal kewangan 1MDB, rakyat Malaysia terpaksa berdepan dengan akibat buruknya; GST, peningkatan kos sara hidup, dan pasaran kerja yang tidak bermaya menyebabkan pengangguran serta gaji yang rendah.
Steven Sim Chee Keong
Ahli Parlimen Bukit Mertajam
Timbalan Jurucakap Jawatankuasa Parlimen DAP untuk Sumber Manusia
– MAILBAG

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.