`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, August 5, 2017

Dua kereta pegawai kanan JPJ disimbah cat

KUALA LUMPUR: Dua buah kenderaan milik Ketua Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan disimbah cat dalam kejadian di rumahnya di Seksyen 20 Shah Alam, pada 29 Julai lalu.
Adnan Md Isa berkata perbuatan itu dipercayai dilakukan antara jam 4 hingga 5 pagi dan disedari jirannya yang ketika itu keluar rumah untuk ke surau menunaikan solat Subuh, pada jam 5.40 pagi.
Katanya, dua buah kereta PROTON Waja dan Ixora masing-masing diletakkan di luar dan dalam perkarangan rumah dipenuhi cat berwarna merah.
"Saya tidak sedar bila kejadian berlaku kerana sedang tidur.
"Jiran kemudian menelefon saya pada jam 5.40 pagi memberitahu dua buah kereta saya disimbah cat. Saya kemudian keluar untuk melihat dan terkejut mendapati bahagian depan dan belakang kedua-dua kereta dipenuhi cat merah," katanya ketika dihubungi BH, hari ini.
Beliau berkata, susulan itu laporan polis dibuat di Balai Polis Seksyen 9 Shah Alam namun, setakat ini polis masih belum mengambil keterangan daripadanya dan dikatakan akan berbuat demikian pada malam ini.
Katanya, ia adalah kejadian pertama sejak mula berkhidmat dengan JPJ sejak 25 tahun lalu.
"Saya pernah bertugas di Pulau Pinang, Sarawak dan Selangor tetapi tidak pernah berlaku kejadian seumpamanya.
"Saya tidak tahu siapa yang bertanggungjawab melakukan perbuatan ini (menyimbah cat), tetapi mungkin ada orang tidak berpuas hati dengan tugas saya.
"Kemungkinan juga ini sebagai satu ugutan supaya saya tidak terlalu agresif dalam menjalankan tugas," katanya.
Adnan berkata, beliau juga tidak mempunyai musuh dan tidak pernah menerima panggilan ugutan daripada sesiapa sebelum ini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan daripada Adnan.
DUA buah kenderaan milik Ketua Bahagian Penguatkuasaan JPJ Wilayah Persekutuan disimbah cat. - Foto ihsan pembaca© Provided by Media Prima DUA buah kenderaan milik Ketua Bahagian Penguatkuasaan JPJ Wilayah Persekutuan disimbah cat. - Foto ihsan pembaca
Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat.
Sementara itu, Presiden Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia (KPPJSM), Hamzah Masri, menyifatkan perbuatan itu sesuatu yang serius dan berharap polis dapat menjalankan siasatan segera bagi mengenal pasti siapa yang bertanggungjawab.
"Ini adalah tindakan orang penakut. Kita tak gentar dengan tindakan sedemikian.
"Kita faham dalam penugasan JPJ akan ada kemarahan daripada orang ramai tapi, itu sebahagian daripada tugas mereka.
"Jika ada yang tidak berpuas hati boleh bawa berbincang, bukan dengan melakukan ugutan sedemikian," katanya. -NST

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.