`

THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!







                                                                                                                                     KKLIU 1211/2017
CLICK HERE :http://oze.my/



Saturday, August 5, 2017

KRISIS UMNO: USUL DUA JAWATAN UTAMA TIDAK DIPERTANDING

ALOR SETAR – Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah hari ini mencadangkan supaya jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti kali ini.
Menteri  Besar Kedah itu turut mencadangkan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang ketika ini menggalas tugas timbalan presiden, diangkat terus memegang jawatan itu berdasarkan  keserasian antara Ahmad Zahid dan Presiden parti,  Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Ini bagi memastikan anggota Umno pada semua peringkat dapat menumpukan tugas lebih berkesan dalam mendepani PRU14 yang akan datang,” katanya disambut tepukan gemuruh  hadirin ketika berucap pada Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Alor Setar yang dirasmikan Ahmad Zahid,  di sini hari ini.
Dalam pada itu, Ahmad Bashah mengajak parti-parti komponen di negeri itu bekerja dalam satu pasukan agar kemenangan memihak kepada BN dan seterusnya dapat mengekalkan pemerintahan BN di Kedah.
“Cabaran amat besar untuk PRU14 ini dan sebab itu kita kena tumpu untuk ‘berperang’ dengan pembangkang sebab cita-cita mereka nak rampas Kedah tinggi.
“Kita kena sedia walaupun wisel tak tau bila nak tiup, kita kena sedia bersama parti komponen untuk turun ke bawah menjelaskan situasi politik sebenar dengan penuh keikhlasan,” katanya.
Sementara itu, Ahmad Bashah berkata, perpaduan dan sokongan anggota parti  amat penting dalam misi merampas semula kawasan Parlimen Alor Setar serta Dun Kota Darulaman dan Alor Mengkudu daripada pembangkang.
Pada PRU13 yang lalu, kerusi Parlimen Alor Setar dimenangi PKR, Dun Kota Darulaman  oleh DAP  manakala Alor Mengkudu  oleh Pas.
Beliau juga menasihatkan rakyat Kedah supaya menilai dengan bijak parti yang betul-betul membantu rakyat dan parti yang hanya sekadar menabur janji menjelang pilihanraya.
“Saya yakin  rakyat Kedah yang pernah diperintah parti pembangkang pada  PRU12 lalu tidak akan mengulangi kesilapan itu pada PRU14,” katanya.
-Bernama

No comments:

Post a Comment