`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, August 5, 2017

Pelajar dakwa dibalun dengan penyapu

Pelajar perempuan terbabit sedang menjalani pemeriksaan kesihatan. (Gambar kecil) Tangan pelajar itu berbalut selepas dikatakan dipukul.© Provided by Media Prima Pelajar perempuan terbabit sedang menjalani pemeriksaan kesihatan. (Gambar kecil) Tangan pelajar itu berbalut selepas dikatakan dipukul.
JABATAN Pendidikan Negeri Johor akan menjalankan siasatan terhadap seorang guru perempuan Pendidikan Moral yang didakwa memukul pelajar perempuan tingkatan satu dengan menggunakan penyapu di sebuah sekolah di Tampoi di sini, kelmarin.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan terhadap pengaduan diterima.
“Guru berkenaan didapati tidak mengakui perbuatannya. Kami difahamkan ibu bapa pelajar berkenaan sudah membuat laporan polis.
“Sekiranya kes berkenaan adalah benar, guru terbabit boleh diambil tindakan tata tertib," katanya.
Keluarga pelajar berkenaan mendakwa tangan kiri mangsa mengalami lebam berpunca daripada perbuatan guru berkenaan.
Mereka turut membuat laporan polis di Balai Polis Skudai kelmarin. -NST

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.