`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, August 5, 2017

Raja Repot bukan pilihan, Vida tolak ‘lamaran’ Rani Kulup

Vida berkata Rani tiada ciri-ciri lelaki pilihan malah mengingatkan ketua NGO itu tidak mencari publisiti murahan. — Foto oleh Choo Choy May
© Provided by Trinity Diligent Sdn Bhd Vida berkata Rani tiada ciri-ciri lelaki pilihan malah mengingatkan ketua NGO itu tidak mencari publisiti murahan. — Foto oleh Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 4 Ogos ― Datuk Seri Hasmiza Othman menolak ‘lamaran’ Abdul Rani Kulup Abdullah untuk menjadikannya sebagai isteri.
Hasmiza, 46, berkata presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibah itu tiada ciri-ciri lelaki pilihannya malah mengingatkan Rani agar tidak mencari publisiti murahan.
“Jangan cari publisiti murahan. Bawa kepada saya lelaki yang kaya, mata kelabu, muda dan kacak. 
“Seseorang yang boleh majukan perniagaan saya ke arah trilion ringgit. Itu baru boleh,” katanya kepada ProjekMMO.
Rani sebelum ini berhasrat untuk memperisterikan Hasmiza atau mesra disapa Vida selepas peguam Siti Kasim tidak memberikan jawapan lamarannya.
“Ayah boleh menjadi suami yang baik. Isteri-isteri ayah ‘steady’,” kata Rani seperti dilaporkan Sinar Online.
Hasmiza sebelum ini berkata mahu mencari calon suami kaya, bermata kelabu dan suka membeli belah.
Pengasas Vida Beauty itu menetapkan syarat selepas tiga kali gagal dalam perkahwinan, lapor mStar Online.
“Dia kenalah ada karakter yang saya mahukan iaitu bermata kelabu tapi ada ke calon-calon seperti itu?
“Dia juga kenalah terima diri saya seadanya. Lelaki mana yang sanggup terima kalau sekali shopping (beli belah) saya borong 14 handbag (beg tangan) terus? Pengsan lelaki tu,” Hasmiza dilaporkan berkata.
Penyanyi I Am Me juga mendakwa menerima sekurang-kurangnya 50 emel “resume” menyatakan niat untuk memperisterikannya termasuk dari Finland dan Scotland.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.