`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, August 22, 2017

SPRM serbu Universiti Selangor di Shah Alam

Sepasukan 6 anggota SPRM berpakaian seragam itu tiba kampus Unisel di Seksyen 7, Shah Alam, kira-kira 10 pagi tadi.
UniselSHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyerbu Universiti Selangor (Unisel) di sini, dipercayai untuk menyiasat dakwaan rasuah dalam pertikaian kontrak membabitkan universiti itu dengan bekas kontraktor, Jana Niaga Sdn Bhd.
Sepasukan 6 anggota SPRM berpakaian seragam itu tiba kampus Unisel di Seksyen 7, Shah Alam, kira-kira 10 pagi tadi.
Selain Unisel Shah Alam, SPRM dipercayai turut menyerbu Unisel di Bestari Jaya, Kuala Selangor; Menteri Besar Diperbadankan (MBI) Selangor di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Jana Niaga.
Pada 25 Julai lalu, MBI Selangor mengancam akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang mendakwanya terbabit dalam rasuah berhubung pembayaran kepada Jana Niaga Sdn Bhd.
MBI Selangor yang dipetik Malaysiakini menafikan membuat bayaran RM60 juta kepada Jana Niaga, dan mahkamah tidak pernah memutuskan syarikat itu mahupun Unisel berlaku salah.
MBI Selangor berkata, dakwaan membuat pembayaran kepada Jana Niaga, walaupun kontraktor itu mengingkari perjanjian dan gagal dalam tuntutan tunggakan bayaran adalah tidak benar.
Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor kemudiannya mempersoalkan MBI Selangor bilakah proses timbangtara dengan Jana Niaga akan dilakukan.
Ia selepas MBI Selangor menyatakan terdapat proses timbangtara untuk menyelesaikan pertikaian mengenai pembayaran kepada syarikat itu.
Rizal meminta MBI Selangor menyatakan siapakah pihak yang terlibat dalam timbangtara itu.
Ini kerana, katanya, Unisel tidak bersetuju dengan terma yang dicadangkan MBI dan bayaran pendahuluan RM10 juta kepada Jana Niaga, merujuk kepada laporan portal Selangor-Leaks. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.