`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, August 5, 2017

ZAHID HAMIDI DAH DUA KALI LIMA DENGAN NIK ABDUH JADINYA

Ternampak Ahmad Zahid Hamidi semakin kalut dalam usaha mempertahankan diri dan ingin menunjukkan dirinya benar-benar setia kepada Najib Razak.
Sementara salinan kad pengenalan lama Tun Mahathir yang didakwanya tertulis “Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty” masih gagal ditunjukkannya sehingga kini, beliau mencipta satu lagi desakan untuk berkata benar apabila mendakwa memiliki rakaman perbualan pertemuannya dengan bekas Perdana Menteri itu yang diadakan pada 2015 lalu.
Hanya dengan  menunjukkan rakaman perbualan itu saja dapat menolak dakwaan Tun Mahathir bahawa kedatangan Zahid ke rumahnya untuk meminta simpati serta sokongan bagi mengambil alih dan seterusnya menggantikan Najib, adalah tidak benar.
Tun Mahathir setakat ini konsisten dengan tujuan Zahid Hamidi menemuinya itu, bahkan jika dibandingkan antara kedua-duanya, tentu saja rakyat Malaysia lebih mempercayai Tun Mahathir berbanding Zahid Hamidi.
Sementara Zahid Hamidi masih banyak terhutang janji, antaranya bukti Syiah Mohamad Sabu, dalang Lahad Datu, siapa kerabat dan keluarga Diraja Arab Saudi yang ditemuinya sebagai mengesahkan memberi derma RM2,600 juta kepada Najib dan yang terbaru salinan kad pengenalan lama Tun Mahathir, bekas Perdana Menteri 22 tahun itu sebaliknya belum pernah ada rekod berbohong kepada rakyat Malaysia.
Zahid Hamidi, selain mengesahkan pertemuannya dengan Tun Mahathir diadakan hanya selepas 10 hari dilantik Timbalan Perdana Menteri, turut mendakwa Tun Mahathir memang tidak berkenan dengannya sejak dulu lagi.
Jika Zahid Hamidi sudah tahu Tun Mahathir tidak berkenan dengannya sejak dulu lagi, untuk apa beliau bertemu dengannya?
Tidakkah ketika itu Tun Mahathir memang diketahui umum ingin menjatuhkan Najib dan sudah pun bercakap di sana-sini mengenainya?
Jadi, muslihat apa sebenarnya Zahid Hamidi bertemu dengan musuh nombor satu Najib itu?
Seterusnya Zahid Hamidi juga mendakwa beliau pernah dipelawa menyertai Pas selepas dipaksa meletakkan jawatan Ketua Pemuda UMNO pada 1998 dahulu.
Seseorang yang didakwa dirujuknya dan akhirnya menasihtkannya kekal dalam UMNO ialah Dr. Haron Din, seseorang yang sudah pun meninggal dunia dan tidak dapat lagi mengesahkan sama ada fakta atau auta dakwaan Zahid Hamidi itu?
Dalam meneruskan serangannya kepada Tun Mahathir, Zahid Hamidi selanjutnya meminta Pengerusi Pakatan Harapan itu duduk diam-diam dan berzikir banyak-banyak.
Zaman dia dah lepas, tambah beliau.
Kalau kita imbas, hanya Nik Abduh Nik Aziz, bekas Ketua Pemuda Pas yang pernah membuat gesaan serupa kepada Tun Mahathir.
Ketika Tun Mahathir banyak menyerang Pas yang dilihat semakin berbaik dan bermesra-mesraan dengan UMNO, Nik Abduh juga menasihatkan beliau agar banyak bertaubat dan kembali ke tikar sembahyang.
Zahid Hamidi di dalam UMNO, Nik Abduh bersama Pas, namun kedua-duanya dilihat sama saja dangkal dan tidak cerdiknya.
Mujurlah Zahid Hamidi dan Nik Abduh kekal berada di dalam parti yang berbeza, maka bukan saja mereka kelihatan dua kali lima, bahkan kedua-dua parti, UMNO dan Pas kini jadi bahan ketawa dunia.
Apakah Zahid Hamidi dan Nik Abduh fikir bahawa ibadah itu hanya di atas tikar sembahyang, wirid dan zikir saja?
Apakah selama ini Tun Mahathir tidak pernah sembahyang, tidak berwirid dan tidak berzikir?
Adakah berjuang menolak “kleptokrasi dan melawan pencuri”  bukan  suatu ibadah yang ada pahala, bahkan mungkin lebih besar daripada sekadar sembahyang, zikir dan wirid semata-mata?
Antara sembahyang, berwirid dan berzikir tetapi kekal bersama “kleptokrasi dan pencuri” dengan mereka yang lain yang sama-sama sembahyang, berwirid dan berzikir tetapi menolak “kleptokrasi dan pencuri”, siapakah yang lebih besar pahala menanti?
Adakah pahalanya  juga dua kali lima bagi mereka?
– http://shahbudindotcom.blogspot.my/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.