`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, October 13, 2017

Zamihan dilarang beri kuliah di masjid, surau di Selangor

Jabatan Agama Islam Selangor mengeluarkan surat memaklumkan larangan itu.
zamihan-ceramah
PETALING JAYA: Zamihan Mat Zin dilarang memberikan kuliah di masjid dan surau di Selangor, lapor The Star Online.
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Haris Kasim mengeluarkan surat memaklumkan kepada semua yang berkenaan mengenai larangan itu hari ini.
Dalam surat itu, beliau berkata Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) itu kini sedang disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan.
Zamihan ditangkap semalam dan ditahan reman untuk 2 hari bermula hari ini dalam siasatan ke atas kuliah yang diberikan di sebuah masjid di Shah Alam, Ahad lepas.
Semalam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) merujuk Zamihan ke lembaga tatatertib berhubung kenyataan yang didakwa mengkritik Sultan Johor dalam kontroversi dasar perniagaan untuk “orang Islam sahaja”.
Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata Jakim memandang serius ceramah Zamihan yang dimuatnaik di laman popular YouTube, yang didakwa mengandungi unsur kritikan terhadap Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Beliau juga mengesahkan Zamihan seorang pegawai kader Jakim di Kementerian Dalam Negeri yang kini ditempatkan di Penjara Kajang. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.