`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, December 11, 2017

Rafizi turunkan video ‘pendedahan’, Rahman kata ‘kantoi’ berniat jahat

Pemimpin PKR itu bagaimanapun berkata akan membuat lebih banyak pendedahan berhubung isu Expo Negaraku dalam sidang media esok.
rafizi-rahmanKUALA LUMPUR: Rafizi Ramli hari ini didapati tidak memuat naik video sidang media yang menuduh kontrak penganjuran Expo Negaraku 2017 diberi kepada “abang” Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.
Perkara itu disedari selepas Rahman di Twitter hari ini berkata beliau tidak mempunyai abang bernama “Raslan”, individu yang didakwa menerima kontrak penganjuran pameran projek-projek kerajaan yang bernilai puluhan juta ringgit.
Pameran itu berlangsung selama sebulan di Dataran Merdeka dari 15 November hingga 15 Disember.
“Rafizi ‘kantoi’ besar-besaran. Raslan Dahlan bukan abang saya. Rafizi berniat jahat,” kata Rahman.
“Saya akan berbincang dengan peguam saya dalam masa yang terdekat ini untuk tindakan undang-undang seterus terhadap pembohong tegar bersiri bernama Rafizi Ramli ini.”
Rafizi di sidang media mendakwa mempunyai bukti kontrak di bawah Unit Perancangan Ekonomi (UPE) itu dianugerahkan kepada “Raslan”, yang didakwa abang kepada menteri itu.
Rafizi turut berkata beliau mempunyai dokumen bagi menyokong dakwaannya, dan akan membuat lebih banyak pendedahan berhubung perkara itu dalam sidang media berkala bermula esok.
“Mungkin Abdul Rahman tidak tidur lena dan mungkin berat badan beliau akan kurang sedikit selepas ini,” kata Rafizi pada sidang medianya di ibu pejabat Invoke di Sungai Besi hari ini.
UPE di Jabatan Perdana Menteri berada di bawah tanggungjawab Rahman Dahlan.
Semakan FMT kira-kira 2 jam kemudian mendapati video rakaman sidang media dan kenyataan media tidak dimuat naik di laman Facebook rasmi Rafizi seperti kebiasaannya.
Rafizi ketika dihubungi berkata semakannya mendapati Raslan sebenarnya bukan abang kepada Rahman. “Kita rasa tidak adil untuk Raslan yang sebenar, sebab itu saya turunkan video live tersebut.”
“Tetapi apa pun ia tidak memadamkan isu sebenar, di mana persoalannya berapa banyak beliau (Rahman Dahlan) belanjakan untuk expo tersebut dan esok saya akan dedahkan beberapa dokumen yang berkaitan.”
Ini bukan kali pertama Rafizi terkeliru dalam pendedahannya.
Rafizi pada Mei lalu mengakui tersilap selepas seorang wanita menafikan dirinya pengarah sebuah syarikat yang dikaitkan dengan seorang pelobi Washington bagi pihak kerajaan Malaysia.
Naib presiden PKR itu memohon maaf kepada wanita bernama Florence Goh yang memiliki sebuah syarikat bernama CRT Insights Technologies Sdn Bhd, yang tampil menafikan beliau ada kena mengena dengan Godfrey Group Ltd.
Godfrey Group merupakan syarikat yang didakwa membayar seorang pelobi pentadbiran Donald Trump sebanyak AS$250,000 (RM1.07 juta), seperti terkandung dalam borang difailkan dengan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ).
“Saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya di atas kesilapan ini dan memohon maaf kepada (Florence) Goh Siew Boey dan CRT Insights Technologies Sdn Bhd kerana telah menyiarkan nama mereka.” -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.