`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, May 24, 2018

Wang Khazanah turut diguna bayar hutang 1MDB?

Kerajaan membayar RM1.2 bilion pada 2017 bagi saham keutamaan boleh tebus yang digunakan bagi membayar sebahagian hutang 1MDB, menurut sumber.
KUALA LUMPUR: Kerajaan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak menggunakan wang daripada urus niaga dengan dana negara Khazanah Nasional Bhd bagi membayar sebahagian daripada liabiliti dana pelaburan kerajaan 1MDB, 2 orang sumber memberitahu Reuters.
Khazanah membayar kepada kerajaan sebanyak RM1.2 bilion (AS$301.05 juta) pada pertengahan 2017 sebagai tukaran bagi saham keutamaan boleh tebus milik kementerian kewangan, kata sumber, dan menambah wang itu bagi membayar sebahagian daripada hutang 1MDB kepada dana milik Abu Dhabi, IPIC.
1MDB bersetuju membayar sebanyak AS$1.2 bilion (RM4.8 bilion) kepada IPIC sebagai perjanjian penyelesaian yang dibuat pada April 2017, setelah 1MDB gagal membayar bon terbitannya.
Kementerian Kewangan tidak menjawab pertanyaan ketika dihubungi mengenai perkara ini.
Khazanah memberitahu Reuters dalam sebuah emel bahawa pada Ogos 2017, Kementerian Kewangan menggunakan haknya untuk menebus saham keutamaan kumulatif boleh tukar boleh tebus berjumlah RM1.2 bilion, yang dikeluarkan oleh kementerian pada 2011.
Namun Khazanah tidak mengesahkan sama ada dana itu digunakan untuk membayar hutang 1MDB.
Kerajaan Najib juga didakwa menggunakan kira-kira AS$500 juta yang diperolehi daripada perjanjian jualan tanah dengan Bank Negara Malaysia untuk membayar sebahagian daripada liabiliti 1MDB kepada IPIC, menurut laporan sebelum ini. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.