`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, July 17, 2018

Polis siasat NGO pro-Umno himpun di Bukit Aman tanpa permit

Ketua Polis Kuala Lumpur, Mazlan Lazim berkata siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman.
Mazlan Lazim menafikan polis mendapat arahan perdana menteri untuk menghalang Pemantau Malaysia Baru mengadakan protes dan berarak ke bangunan Parlimen, pagi tadi. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR: Polis akan menyiasat perhimpunan dan bantahan anjuran sebuah badan bukan kerajaan (NGO) di Bukit Aman, hari ini, dalam usaha mempertahankan hak Islam dan Melayu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata penganjur perhimpunan itu, Pemantau Malaysia Baru tidak memohon permit daripada polis dan siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman.
“Dia orang nak protes apa? Mereka kalau nak buat protes kena minta permohonan, tanpa permohonan (permit polis) mereka buat protes itu.
“Setakat ini tiada tangkapan dibuat. Kita akan buat laporan dan siasat mereka,” katanya kepada FMT hari ini.
Kira-kira 100 penyokong Pemantau Malaysia Baru mula berkumpul di ibu pejabat polis Bukit Aman seawal 7 pagi tadi, bagi menunjukkan solidariti kepada Yang di-Pertuan Agong dan membantah pemerintahan DAP yang didakwa memperkudakan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kumpulan itu diketuai Exco Pemuda Umno, Faisal Ismail Aziz dan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam yang juga presiden Pemantau Malaysia Baru.
Mereka mendakwa polis mengadakan sekatan atas arahan Dr Mahathir dan ingin tahu kenapa polis tidak membenarkan mereka berarak ke Parlimen sejauh kira-kira 1km.
Mengikut Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012, penganjur perlu memberi notis 10 hari sebelum perhimpunan diadakan, kepada pihak polis.
Mazlan turut menafikan mereka mendapat arahan daripada perdana menteri untuk menghalang NGO itu mengadakan protes dan berarak ke bangunan Parlimen.
Katanya, sekatan itu bertujuan memastikan keselamatan dan kelancaran perasmian Persidangan Penggal Pertama Parlimen Ke-14 oleh Yang di-Pertuan Agong, hari ini. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.