`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, February 14, 2019

RM25 juta tambahan untuk sekolah agama

Gambar Bernama.
PUTRAJAYA: Kementerian Kewangan meluluskan peruntukan tambahan RM25 juta untuk kepentingan sekolah agama rakyat dan swasta.
Sekolah berpotensi mencapai prestasi tinggi akan diutamakan untuk terima peruntukan berkenaan, kata Menteri Pendidikan Maszlee Malik di majlis penyerahan cek di kementerian tersebut.
“Sebuah jawatankuasa akan ditubuhkan bagi mengenal pasti sekolah yang berpotensi itu.
“Kita guna mekanisme untuk menentukan sekolah mana perlukan dana bagi membolehkan murid-murid mendapat manfaat melalui sekolah berkenaan,” katanya.
Maszlee menegaskan, sekolah-sekolah ini bukan bawah kementeriannya secara langsung tetapi mereka mahu membantu sekolah-sekolah agama tersebut, dengan syarat mereka berdaftar dan bukan milik parti politik atau ahli politik.
Ini, katanya, selaras dengan dasar kerajaan yang memisahkan pendidikan dengan politik.
Awal bulan ini, Maszlee memohon peruntukan tambahan daripada Menteri Kewangan Lim Guan Eng untuk meyelenggarakan dan menambah baik sekolah-sekolah agama.
Maszlee dilapor berkata ini untuk menolak persepsi menteri dan Kementerian Pendidikan tidak memberi perhatian kepada kesejahteraan pelajar dan sekolah terutama sekolah agama rakyat dan swasta.
Sementara itu, Lim mengesahkan ini kali pertama kerajaan pusat meluluskan peruntukan begini bagi menambah baik sekolah agama.
“Ini adalah bukti komitmen kerajaan persekutuan untuk membantu sekolah-sekolah dan institusi seperti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang terima RM15 juta,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.