`



HARI PERTABALAN 
DYMM YANG DI-PERTUAN AGONG
30 Julai 2019
Daulat Tuanku
THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!




Tuesday, June 18, 2019

Betulkah Anak Muda Undi Pakatan Tak Mengaji Kitab?


Kata Haji Abdul Hadi Awang ketika merasmikan Muktamar Dewan Muslimat PAS di Bukit Gambang Resort City, dekat Kuantan, Pahang, disebabkan 30 % golongan anak muda melakukan kesilapan bila menumbangkan BN telah mengundang mudarat lebih besar dengan memilih PH.

"Tiga puluh peratus pengudi muda (mengundi PH) yang berumur 21 tahun yang tak mengaji kitab, (tidak) mengaji agama, (tapi) mengaji dengan telefon bimbit, mengaji dengan Facebook, mengaji dengan WhatsApp.

"Kefahaman (mereka) dalam masa singkat, dengan WhatsApp, (kemudian) membuat sikap politik," katanya.

"Politik bukan kajian dua tiga minit (tetapi) untuk beberapa tahun akan datang, akhirnya (mereka) membuat keputusan yang salah,"

"Kerana marahkah Umno, kelambu dibakar; marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Sembilan puluh peratus bukan Islam mengundi PH,"

Hmmm... betoi ka tu??

Ni jawapan dari BIRO Agama Pemuda Bersatu Nasional..

BIRO Agama Pemuda Bersatu Nasional kesal dengan ucapan Presiden PAS Haji Abdul Hadi Awang, seperti yang dilaporkan media, bahawa 30% anak muda yang berumur 21 tahun ketika mengundi Pakatan Harapan (PH) sebagai tidak mengaji kitab dan tidak belajar agama.

Mereka sebaliknya hanya bergantung kepada telefon bimbit, Facebook dan WhatsApp untuk menentukan sikap politik ketika mengundi sehingga kerajaan Barisan Nasional (BN) tumbang dalam pilihan raya umum yang lalu, kata beliau. 
Saya menonton dan meneliti rakaman ucapan beliau yang disampaikan lebih dari satu jam ketika hadir di Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS ke-59 2019 di Gambang, Kuantan pada 15 Jun lalu. 
Laras ayat sebegitu sangat tidak sesuai dengan kedudukan beliau sebagai tokoh politik dan agamawan yang disegani.

Membuat tuduhan umum dalam bentuk merendahkan tahap intelek orang lain iaitu 30% anak muda berumur 21 tahun adalah satu tindakan yang melanggar adab susila agama apatah lagi dilakukan oleh tokoh agamawan seperti beliau.

Perbezaan pilihan mengundi pada pilihan raya umum yang lalu sudah tentu bukan tiket menghalalkan tindakan tersebut. 
Hadi mendakwa sikap politik 30% anak muda itu telah menyebabkan kerajaan BN kalah kepada Pakatan Harapan (PH) pada 9 Mei 2018. 
Kesimpulan ini sangat membingungkan kerana yang menolak BN pada PRU14 bukan sahaja anak muda tetapi juga PAS yang turut menentang BN. 
Dalam sebuah ceramah sempena Himpunan Bangkit Pertahan Kelantan di Padang Perdana, Kota Bharu pada 16 Mac 2018, Hadi secara jelas, lantang dan terbuka menegaskan komitmen PAS untuk bukan sahaja melawan PH, tetapi juga untuk melawan BN.

Hakikatnya, PAS juga bersama-sama membantu menumbangkan BN dalam PRU yang lalu apabila meletakkan calon bertanding melawan calon PH, BN dan bebas. 
Amat pelik, apabila hukuman tidak membaca kitab dan tidak mempelajari agama hanya diberikan kepada anak muda sehingga jatuhnya BN tetapi gelaran yang sama tidak diberikan kepada PAS yang diketuai oleh Hadi sendiri? 
Marilah kita sama-sama mengamalkan politik matang dan sejahtera seperti yang sering dilaungkan oleh PAS sendiri termasuk bukan membalas dendam melalui ucapan dan gelaran buruk sehingga mampu menjatuhkan maruah tokoh agama mahupun Islam itu sendiri.

Hormati perbezaan pilihan parti politik dan bukannya menyuburkan amalan label melabel seperti yang berlaku ini.
-Anak Sungai Derhaka

2 comments:

  1. Yang tak baca kitap tu Hadi Bawang Pil Kuda. Klu ada baca tak kan menyokong Kleptocracy.

    ReplyDelete
  2. Begitulah manusia apabila usia merangkak senja. Lupa merupakan ciri utama yang menjadikan sifat diri ditambah pula dengan ujub, angkuh dan merasakan diri telah dijamin syurga. Merasakan diri lebih hebat dan mulia dari orang lain hanya kerana sebilangan manusia memberikan gelaran tok guru kepadanya.

    ReplyDelete