`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, June 24, 2019

Masjid RM23 juta mirip Masjidilharam ‘menunjuk-nunjuk’, warga maya kecam Kelantan

a large ship in the water: Pembinaan masjid atas tanah berkeluasan 1.5 hektar dikatakan mampu menampung sehingga 5,000 jemaah. — Foto ihsan Twitter/FL Jasmi© Provided by Malay Mail Sdn Bhd Pembinaan masjid atas tanah berkeluasan 1.5 hektar dikatakan mampu menampung sehingga 5,000 jemaah. — Foto ihsan Twitter/FL Jasmi
KUALA LUMPUR, 24 Jun — Langkah Kelantan membina sebuah masjid menyerupai Masjidilharam bernilai RM23 juta di Gua Musang dikecam ramai.
Melalui hantaran di Twitter, rumah ibadah itu didakwa bakal menjadi tarikan pelancong terbaru di negeri Cik Siti Wan Kembang.
“Gempaklah kerajaan Kelantan ni. Masjid mewah boleh dibina tetapi bila soal rakyat, mereka diperlakukan seperti sampah,” tulis @Mfadli_akmal.
“Petanda akhir zaman adalah apabila masjid dibina untuk dijadikan tarikan pelancongan dan menunjuk-nunjuk,” kata Mamato Marcello.
“Saya rasa kerajaan negeri harus tumpukan perhatian untuk selesaikan isu-isu yang dihadapi rakyat seperti air paip, sungai, orang Asli dan penebangan hutan. Utamakan benda yang penting dulu,” kata @ruederose.

View image on TwitterView image on TwitterView image on TwitterView image on Twitter
[Thread] Sebuah masjid baru yang dibina menyerupai model Masjidilharam, Mekah bernilai lebih RM23 juta di Gua Musang, Kelantan bakal menjadi mercu tanda terkini untuk menarik para pelancong.
1,873 people are talking about this

Terdahulu, seorang pengguna membuat hantaran mengenai pembinaan masjid itu termasuk memuat pelannya.
Beliau mendakwa ia diilhamkan Tengku Razaleigh Hamzah atas tanah berkeluasan 1.5 hektar dan mampu menampung sehingga 5,000 jemaah.
Wakil rakyat Gua Musang pada 29 Ogos tahun lalu menyatakan tujuan pembinaan tersebut adalah memberi kemudah kepada komuniti setempat bagi melaksanakan ibadah.
“Masjid ini akan menjadi pemangkin dan mercu tanda pembangunan ummah khususnya di jajahan Gua Musang, di samping menarik lebih ramai pelancong ke jajahan yang terletak di kawasan selatan negeri ini,” katanya.

2 comments:

  1. Inilah akan terjadi klu PAS jadi kerajaan. Rakyat tdk dipedulikan.

    ReplyDelete
  2. Kalau dah serupa masjidilharam tentunya sekali dengan kaabah. Jangan jadi kaabah ayah pin di ulu besut, sudah.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.