`

Image result for hari merdeka 2019

HARI MERDEKA 2019

31 August 2019




THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!




Friday, July 19, 2019

Pijak Alquran, Empat Remaja Ditahan Polis.

EMPAT remaja perempuan ditahan polis dalam tempoh kurang 24 jam selepas video memijak kitab menyerupai al-Quran tular di media sosial.

Mereka berusia 17 hingga 18 tahun, termasuk pelaku yang memijak kitab suci itu, ditahan di sekitar Tanah Merah sejak semalam sehingga 2 pagi, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Azmi Abu Kassim berkata, terdahulu pihaknya menerima laporan daripada kakak seorang suspek yang melihat video tular itu di aplikasi WhatsApp.


“Susulan laporan itu, operasi dijalankan dan polis menahan empat suspek perempuan termasuk yang memijak kitab dan perakam video di Tanah Merah.

“Mereka kemudian dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ditanya sama ada seorang remaja itu dipaksa bersumpah dengan memijak kitab itu, Azmi berkata, perkara terbabit masih dalam siasatan pihaknya.

Menurutnya, mahkamah membenarkan semua suspek direman selama tiga hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan,” katanya.

Semalam, Harian Metro melaporkan perbuatan biadap seorang remaja perempuan berusia belasan tahun yang sanggup memijak kitab menyerupai al-Quran dan perbuatan itu dirakam menggunakan telefon bimbit sebelum tular di Facebook (FB).

Video berdurasi tiga minit dan 13 saat itu menunjukkan remaja terbabit berbuat demikian sambil dilihat seperti mengangkat sumpah di depan seorang lagi rakan perempuannya. (Harian Metro).

1 comment:

  1. Syabas, PDRM. Tangkap sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa dan agama jika mereka melakukan perbuatan yang bertentangan dengan ajaran agama serta norma hidup mulia. Teruskan, PDRM.

    ReplyDelete