`

SATURDAY, 25 JANUARY 2020

THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!





Sunday, December 15, 2019

Guna agama kaut untung produk kesihatan, Dr Amalina berang

a woman smiling for the camera: Dr Nur Amalina Che Bakri berang dengan tindakan pihak tertentu yang mempergunakan agama demi ‘menipu dan mengaut keuntungan’. — Foto ihsan Instagram/dramalinabakri© Provided by Projek MM Dr Nur Amalina Che Bakri berang dengan tindakan pihak tertentu yang mempergunakan agama demi ‘menipu dan mengaut keuntungan’. — Foto ihsan Instagram/dramalinabakri
KUALA LUMPUR, 14 Dis — Pakar bedah Dr Nur Amalina Che Bakri berang dengan tindakan pihak tertentu yang mempergunakan agama demi “menipu dan mengaut keuntungan”.
Menulis di Twitter semalam, beliau mengakui sangat sedih apabila melihat perkara itu berlaku secara berleluasa di Malaysia tanpa tindakan yang tegas.
“Walaupun saya banyak kekurangan daripada segi agama, tidak sama sekali saya akan menggunakan agama untuk kepentingan diri sendiri dan memudaratkan orang lain,” katanya.
Beliau mengulas laporan berita yang memetik kritikan pemimpin politik terhadap sesetengah usahawan Melayu menggunakan sentimen “Arab, sunnah, halal dan Islam” demi melariskan jualan produk kesihatan. 
Saya memang tidak boleh melihat orang yang mempergunakan agama untuk menipu dan mengaut keuntungan. Walaupun saya banyak kekurangan daripada segi agama, tidak sama sekali saya akan menggunakan agama untuk kepentingan diri sendiri dan memudaratkan orang lain.
16.3K people are talking about this
Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Muhammad Faiz Na’aman berkata, usahawan terbabit sewenang-wenangnya mengakui khasiat produk, sedangkan mereka tiada asas pendidikan dalam biologi, kimia, nutrisi, kesihatan atau farmakologi.

Malah menjadikan individu “pseudoscience” sebagai hujah rujukan produk mereka.

No comments:

Post a Comment