`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!





Monday, January 27, 2020

Kanak-kanak 2 tahun maut ditikam bapa saudara

Suspek yang sebelum ini mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan positif dadah methamphetamine diberkas polis tengah hari tadi. (Gambar PDRM)
KEMAMAN: Seorang kanak-kanak perempuan maut dipercayai ditikam bapa saudaranya di Felda Cerul 2, tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Kemaman Hanyan Ramlan berkata mangsa, Nur Hafiya Aufa Mohd Taquddin, 2, ditikam di bahagian dada oleh Mohd Safuan Ramli, 26, ketika mangsa sedang bermain di dalam rumah kira-kira pada pukul 1 tengah hari.
“Mangsa kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Cheneh sebelum disahkan meninggal dunia. Mangsa merupakan anak bongsu daripada 2 beradik dan dikatakan tinggal bersama datuk dan neneknya di rumah yang sama dengan suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Hanyan, suspek kemudiannya berjaya ditangkap oleh jiran di kawasan berdekatan rumah mereka pada pukul 1.30 tengah hari dan diserahkan kepada polis.
“Suspek sebelum ini pernah mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan pihak polis tidak menolak kemungkinan ketika kejadian suspek berada di bawah pengaruh dadah,” katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - FMT

No comments:

Post a Comment