`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!





Tuesday, February 25, 2020

Tak Cukup Support, Khalid Samad Minta Tongkat Jadi PM






Khalid Samad openly called Dr M not to continue as PM
insists that Anwar be appointed prime minister
Tun must resign. Be interim PM. Give chance to Anwar 
This is not hereditary position or can be passed on
There must be majority support from MPs. I hope PPBM fulfills the promise

My comments :

Brader Khalid Tun Dr M sudah resign. 
Dia bukan lagi PM ataupun Pengerusi Bersatu.

Of course Tun M masih berpengaruh sebab kau orang semua sangat perlu kepada dia. 

Jadi dia macam ini. 
Kalau hang nak sokong sesiapa pun jadi PM senang saja. 
Hang pi cari 112 MP sokong calon kesayangan hang. 
Itu saja. Apa susah sangat. 

Ada beberapa cara yang hang boleh guna pakai. 
Tetapi saya tak tahu lah berkesan atau tidak.

Mari kita lihat sikit pro dan kontra nya.

1. Beli saja sokongan 112 MP dengan bayar duit. Cash is king. Cara ini sangat efektif. Juga tidak terlibat rasuah. Dalam Akta Rasuah tak ada hukuman salah kut. Tapi elok check dulu. Tanya Cik Puan Latheefah Koya dulu. 

Dari segi etika dan moral ia memang salah. Tapi dalam negara kita bab etika dan moral ini sudah lama disimpan di satu tempat yang tak lut cahaya matahari pun. Ya, maksudnya di simpan dalam gua kelawar.

Hang akan perlukan banyak duit. (Pink slip TNB dah tak ada dah. Itu masa zaman gulingkan Ghafar Baba dulu sangat berlaku.) Tanyalah kawan hang berapa banyak duit dia sanggup belanja? 

2.  Ok kalau tak ada duit, beli saja sokongan 112 MP dengan janji jawatan dan projek.  Contohnya sesiapa sokong calon hang akan di jadikan Menteri, Timbalan Menteri,  akan dapat projek besar-besaran, akan menjadi Pengerusi Tabung Haji, Pengerusi FELDA, Pengerusi Malaysian Airlines, akan menjadi Pengerusi MARA dsbnya. 

Tapi tolong lah check dengan auditor dulu. Tabung Haji, Felda, MAS semua dalam keadaan "rehat dan rawat" juga. So, mungkin tidak akan berkesan sangat kut. So be careful lah.  Cara ini pun mungkin kurang berkesan.

Dari segi etika dan moral memang cara ini adalah salah dan dilarang semua agama. Tetapi pasal etika dan moral sila rujuk di atas. 

3. Umpan 112 MP dengan betina (atau lelaki, ikut mana yang sesuai). Tapi Sophia Loren dah mati. Bo Derek pun dah masuk rumah orang tua kut. Saya rasa bebudak UMNO tahu lah tempat hiburan yang banyak. Di Jakarta dsbnya. Kawan hang pun tahu lah rahsia ini.  Tapi cara ini pun tak lah efektif sangat. KIV dulu.

4. Brader Khalid boleh pasrah kepada takdir sahaja dengan hati yang tabah untuk mendapat sokongan 112 MP.  Di waktu-waktu genting macam inilah brader Khalid kena tunjuk uswah atau contoh yang baik dengan serah kepada takdir.   Tapi saya mesti ingatkan brader bahawa cara ini bukanlah efektif sangat. Pak Arab sendiri kata, 'boleh serah kepada takdir tetapi jangan lupa ikat unta pada waktu tidur malam'. Sebab unta boleh berjalan merayau dan hilang.

5. Brader Khalid boleh buat sembahyang hajat tetapi saya tidak akan recommend cara ini sebab 'effectiveness is not proven'.    Saya melihat orang bukan saja sembahyang hajat tetapi sembahyang lima waktu sehari untuk lima puluh tahun tetapi nasib dia lagu tu juga. Tak berubah apa pun.  Maksudnya  ia mungkin rumit bagi orang politik focus 100% khusyuk dan tawadduk yang perlukan hati yang bersih dan keyakinan yang kuat.

6. Akhir sekali ini adalah satu lagi cara yang paling mudah dan murah. Telah diproven sebagai sangat berkesan di dunia lain.

I. Cuba bentangkan visi calon kesayangan anda untuk memajukan ekonomi negara setaraf atau lebih maju daripada Singapura, Jepun, Korea dalam jangka masa terdekat. 

ii. Berilah gambaran jelas bagaimana kita boleh mengatasi masalah besar system pendidikan kerajaan (sekolah kebangsaan, IPTA) yang telah pun rosak teruk (selain daripada idea untuk tutup sekolah Cina dan Tamil, wujudkan sekolah ninja berkelubung dsbnya).

iii.  Apakah perindustrian dunia yang  kita boleh menyertainya dan apakah langkah-langkah perlu (secara detail) yang kita mesti ambil untuk kembangkan industry taraf antarabangsa - tanpa membebankan pengguna dalam negara kita (melalui cukai bodoh, system AP penipu dsbnya).

iv.  bagaimanakah kita boleh meningkatkan skill level dan produktiviti pekerja tempatan terutama sekali graduan IPTA untuk bertanding dengan skill dan produktiviti pekerja di Singapura, Vietnam, Korea dsbnya?

Dan begitulah. Jika calon kesayangan brader Khalid boleh mengutarakan idea dan visi dia berkenaan perkara-perkara besar ini maka saya sangat yakin dia boleh jadi PM 8, 9, 10 dan seterusnya.

Tetapi kalau dia hanya mengharapkan kepada 'panah sakti'nya, kesyumulan, kekamilan, maqaasidnya dan begitu saya rasa akan lebih merugikan peluang negara. 

No comments:

Post a Comment