`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!





Thursday, August 5, 2021

71.2% rakyat Selangor telah terima sekurang-kurangnya 1 dos vaksin, kata MB

 

Amirudin Shari berkata Selangor terus memacu usaha vaksinasi dengan pencapaian terkini sejumlah 4.89 juta dos vaksin telah disuntik dan tambahan 225,628 dos lagi telah disuntik menerusi SelVAX.

PETALING JAYA: Sebanyak 71.2% rakyat Selangor telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin yang dilaksanakan melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dan program Vaksin Selangor (SelVAX), kata Menteri Besar Amirudin Shari.

Beliau berkata, kesemua usaha itu akan memperlihatkan hasilnya menjelang September ini, ke arah mewujudkan imuniti kelompok dalam kalangan rakyat Selangor.

“Meskipun menghadapi cabaran sebagai negeri yang mempunyai penduduk paling ramai di Semenanjung, serta mencatat kes Covid-19 tertinggi, Selangor terus memacu usaha vaksinasi dengan pencapaian terkini sejumlah 4.89 juta dos vaksin, telah disuntik dan tambahan 225,628 dos lagi telah disuntik menerusi SelVAX,” katanya di Facebook hari ini.

Amirudin berkata, pandemik Covid-19 telah mengasak masyarakat untuk mengubah cara fikir dan cara kerja.

“Pandemik ini juga mendorong keperluan kerajaan negeri untuk menggiat usaha melipatgandakan hasil negeri,” katanya.

Selain itu katanya, agenda digitalisasi yang telah berkembang di Selangor perlu terus dimantapkan dari semasa ke semasa.

Beliau berkata, inisiatif-inisiatif digitalisasi perkhidmatan awam mesti diperbanyakkan untuk mempermudahkan rakyat berurusan khususnya di era pandemik dan pasca pandemik kelak. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.