`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!





Monday, October 25, 2021

‘Mahligai sehari’, suami kehilangan isteri akibat pendarahan otak selepas diijab kabul

 

Kisah sedih pasangan itu tular di media sosial apabila dikongsikan warganet yang kebanyakannya menitipkan doa kepada Siti Saraf Ismail dan kata-kata semangat kepada Mohamad Amirul Akmal Mohd Aziz. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Seorang wanita meninggal dunia akibat pendarahan otak selepas sehari bergelar isteri.

Siti Saraf Ismail, 25, yang juga kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Putrajaya menghembuskan nafas terakhir pada Ahad, selepas mengadu sakit kepala kira-kira 3 pagi.

“Pada 3 pagi, saya dikejutkan oleh isteri memaklumkan dia sakit kepala. Selepas itu dia tidur semula sehingga pagi dan sepanjang tempoh itu saya berada di sisinya,” kata suaminya, Mohamad Amirul Akmal Mohd Aziz, 25, menurut laporan Sinar Harian.

Amirul berkata, keesokannya dia melihat Siti Saraf dalam keadaan baik dan masih tidur.

Namun, tidak lama selepas itu dia dan keluarga terkejut apabila melihat isterinya sesak nafas.

“Saya segera hubungi ambulans kerana ketika itu isteri sangat memerlukan bantuan oksigen dan ambulans tiba pada 12 tengah hari.

“Bagaimanapun, isteri disahkan meninggal dunia pada 12.30 tengah hari oleh doktor di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM),” katanya.

Amirul memaklumkan, bedah siasat dilakukan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, Kelantan, mengesahkan isterinya meninggal dunia akibat pendarahan dalam otak sebelah kanan.

Siti Saraf selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Karang, Kota Bharu, pada Ahad.

Kisah sedih pasangan itu tular di media sosial apabila dikongsikan warganet yang kebanyakannya menitipkan doa kepada Siti Saraf dan kata-kata semangat kepada Amirul. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.