`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, January 24, 2022

Guru KEMAS berpolitik amalan lama, dijangka tak timbul masalah, kata Mahdzir

 

Guru dan penyelia Kemas bukanlah daripada kategori gred DG, berbanding guru-guru di bawah Kementerian Pendidikan (KPM), yang mempunyai struktur perjawatan membabitkan jawatan di peringkat pengurusan, kata Mahdzir Khalid.

GUA MUSANG: Kebenaran kepada guru tadika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) terlibat dalam politik dilihat tidak akan menimbulkan banyak masalah kerana ianya telah diamalkan sebelum ini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Mahdzir Khalid, berkata hal ini kerana guru dan penyelia Kemas bukanlah daripada kategori gred DG, berbanding guru-guru di bawah Kementerian Pendidikan (KPM), yang mempunyai struktur perjawatan membabitkan jawatan di peringkat pengurusan.

“Sebenarnya dari dahulu lagi guru-guru boleh terlibat dengan politik,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mengulas lanjut, Mahdzir berkata, isu pembabitan guru dalam politik bukanlah perkara baharu sama ada berpihak kepada kerajaan atau pembangkang.

Sabtu lalu, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, memaklumkan guru sekolah di seluruh negara serta petugas Kemas dibenarkan untuk berpolitik, berkuatkuasa serta-merta. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.