`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, January 23, 2022

Kenapa pula prinsip demokrasi untuk guru saja? Biarlah hakim, polis, doktor, jururawat, JKR, Bomba, askar, imam, profesor, universiti semua berpolitik.

 

  • KOTA BHARU: Kerajaan benarkan guru sekolah berpolitik
  • hormati prinsip demokrasi hak seluruh rakyat untuk berpolitik
  • Kementerian Pendidikan perlu mengeluarkan pekeliling dengan segera  
  • Kabinet memutuskan menghormati prinsip demokrasi 
  • buat keputusan membenarkan guru-guru berpolitik.
  • era Pakatan Harapan (PH) mereka tidak dibenarkan 
  • berkata demikian pada sidang media UMNO Kelantan
  • sebelum ini pekeliling menyekat guru-guru daripada berpolitik 
  • -- BERNAMA

 

My comments :

Ya ke?  Kenapa pula prinsip demokrasi untuk guru saja? Kenapa pula tidak biarkan hakim, polis, doktor, jururawat, JKR, Bomba, askar, imam, profesor, universiti semua berpolitik?

Banyak kelebihannya. 

1. Politik perlukan banyak tenaga dan masa untuk memikirkannya. Guru boleh fokus kepada politik. Eloklah itu.

2. Politik secara otomatik menimbulkan perpecahan dan perbalahan. Boleh lah guru membantu membawa perbalahan politik ke merata tempat.

3.  Boleh lah guru yang sokong parti lain mengumpat dan bertelagah dengan guru parti lain. Hooray. 

4. Kalau guru besar dan pengetua sekolah sokong parti untunglah bagi guru yang sokong parti sama. Suasana sekolah akan aman dan baik. Kalau guru sokong parti lain mungkin kurang untung lah.

Jadi kalaulah guru boleh berpolitik, kenapa pula Penjawat Awam yang lain tidak dibenarkan berpolitik? Apakah doktor, jururawat dan Pegawai Penjara contohnya tidak perlu prinsip demokrasi juga untuk mereka berpolitik?   

Apa yang special sangat dengan guru?

Omputih kata "If it is good for the goose then it must be good for the gander".

Maksudnya kalau sesuatu perkara itu bagus bagi angsa (betina) maka ia juga mesti bagus bagi angsa jantan (gander).

Jadi kenapa tidak benarkan semua Penjawat Awam seperti hakim, polis, doktor, jururawat, JKR, Bomba, askar, imam, profesor, universiti semua berpolitik?  Apakah mereka terkecuali daripada prinsip demokrasi untuk berpolitik?

Kita biarkan sajalah keseluruhan Perkhidmatan Awam (Civil Service) berpolitik. Eloklah itu. Memang pun Civil Service tak ada kerja lain. So biarkan saja Civil Service berpolitik - siang dan malam.  Fantastic idea kan?

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.