`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, January 25, 2022

RM150 juta buat PRN Johor, lagi bazir biar kerajaan tak stabil terus tadbir, kata Puad

 

Persoalan mengenai keperluan mengadakan pilihan raya negeri tidak lagi relevan kerana Dewan Undangan Negeri Johor sudah dibubarkan, menurut Mohd Puad Zarkashi. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Puad Zarkashi menafikan peruntukan bernilai RM150 juta untuk pilihan raya negeri (PRN) Johor yang bakal diadakan adalah suatu bentuk pembaziran.

Beliau berkata, pembaziran sebenar yang lebih tinggi boleh terjadi apabila kerajaan yang tidak stabil terus dibiarkan mentadbir negeri itu.

“Soal pembaziran RM150 juta kerana PRN, pada saya lebih tinggi pembaziran apabila kita membiarkan kerajaan tidak stabil ini terus berjalan” katanya dalam satu wawancara secara langsung di Facebook Dialetika TV Anekdot pada Isnin.

Beliau berkata demikian sebagai membidas hujah Naib Pengerusi Amanah Johor, Suhaizan Kaiat yang mempersoal kewajaran PRN diadakan dan mendakwa anggaran kos sebanyak RM150 juta diperlukan untuk membiayai PRN Johor hanya mendatangkan kerugian.

“Sebenarnya pilihan raya ini jangkaan peruntukannya adalah RM150 juta, kita dah rugi RM150 juta, kenapa PRN? Masa ini patut digunakan untuk membela rakyat, bukan buat pilihan raya” kata Suhaizan.

Menurut beliau, PRN secara mengejut itu akan memberi kesulitan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang perlu mendapatkan data pengundi, ditambah pula dengan pengundi baharu berumur 18 tahun dalam masa yang singkat.

“Ini mungkin menyebabkan SPR terdedah kepada kesilapan dalam mengendalikan maklumat pengundi dan ini akan menjejaskan peratusan keluar mengundi,” katanya.

Beliau mendakwa Umno mengambil kesempatan atas peratusan keluar mengundi yang rendah dengan merujuk kepada PRN Melaka yang menyaksikan peratusan keluar mengundi yang rendah membolehkan Umno dan Barisan Nasional memperoleh kemenangan dominan di negeri itu.

Bagaimana Puad berkata, soal keperluan PRN sudah tidak relevan lagi kerana Johor memerlukan kerajaan yang kukuh dan kuat melalui mandat rakyat.

“Dewan Negeri telah dibubarkan, jadi persoalan ini (keperluan adakan pilihan raya) tidak lagi relevan,” katanya.

Pada 22 Jan, Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar menandatangani notis untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas mengadap Menteri Besar Hasni Mohammad yang membuka jalan kepada pilihan raya diadakan sebelum 23 Mac. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.