`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, January 24, 2022

Salah guna logo halal, produk makanan bernilai lebih RM50,000 dirampas

 

Pengarah KPDNHEP P Pinang, Mohd Ridzuan Ab Ghapar berkata, kes disiasat menurut Akta Perihal Dagangan 2011 dan KPDNHEP Pulau Pinang memberi amaran kepada peniaga supaya beretika serta tidak menggunakan penandaan halal tanpa diperakui halal oleh pihak berkuasa. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Pelbagai produk makanan bernilai RM54,402.90 dirampas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang kerana menyalahgunakan penandaan logo halal pada barangan dalam pemeriksaan di sebuah premis di Bukit Tengah, Bukit Mertajam hari ini.

Pengarahnya Mohd Ridzuan Ab Ghapar berkata KPDNHEP negeri telah membuat pemeriksaan di premis dipercayai memproses barangan makanan berkenaan pada 11 pagi hasil aduan orang ramai dan mendapati beberapa barangan di situ menggunakan penandaan logo halal tanpa diperakukan oleh pihak berkuasa.

“Semasa pemeriksaan dijalankan kami mendapati premis itu mengeluarkan beberapa jenis barangan seperti minyak bijan, minyak biji sawi, air ros (mawar), air lemuju dan kapur yang menggunakan penandaan logo halal tanpa diperakukan oleh pihak berkuasa berwibawa.

“Ekoran itu, KPDNHEP Pulau Pinang telah menyita 4,392 unit minyak bijan, minyak biji sawi (3,192 unit), air ros (mawar) (7,968 unit), air lemuju (2,580 unit) dan 5,916 unit kapur yang kesemuanya bernilai RM54,402.90 kerana menggunakan penandaan logo halal tanpa kebenaran,” katanya lapor Bernama dalam kenyataan malam ini.

Katanya kes itu disiasat menurut Akta Perihal Dagangan 2011 dan KPDNHEP Pulau Pinang memberi amaran kepada peniaga supaya beretika serta tidak menggunakan penandaan halal tanpa diperakui halal oleh pihak berkuasa. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.