`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, May 22, 2022

Kecewa konon, kamu harus bertanggungjawab prestasi buruk di Sukan SEA, Peja diberitahu

 

Steven Sim berkata Ahmad Faizal Azumu sepatutnya memohon maaf kepada atlet dan semua peminat sukan Malaysia.

PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan, Ahmad Faizal Azumu harus bertanggungjawab terhadap prestasi buruk pasukan Malaysia di Sukan SEA Ke-31, Hanoi 2022, bukannya menyalahkan atlet, kata seorang bekas timbalan menteri.

Steven Sim yang juga ahli Parlimen Bukit Mertajam berkata, Faizal harus sedar atlet negara terpaksa “bertempur” dalam keadaan kekurangan dana berikutan pemotongan hampir 80% peruntukan untuk persediaan temasya antarabangsa dalan Belanjawan 2022.

“Pihak yang sepatutnya bertanggungjawab ke atas prestasi paling buruk Malaysia di Sukan SEA dalam 40 tahun ialah menteri belia dan sukan sendiri bukan atlet Malaysia yang terpaksa berjuang bawah keadaan serba kekurangan disebabkan kegagalan kepimpinan menteri.

“Kekecewaan yang kononnya disuarakan menteri tidak boleh diterima sama sekali, sedangkan banyak pihak termasuk saya sendiri telah memberikan amaran di Parlimen pada November 2021 bahawa sektor sukan negara bakal berdepan kemerosotan berikutan kegagalan kepimpinan menteri belia dan sukan serta pemotongan mendadak peruntukan sukan,” katanya dalam kenyataan.

Pada Jumaat, Faizal mengakui kecewa kerana kontinjen negara tidak berada di kedudukan pungutan pingat lebih baik berbanding tempat keenam ketika ini dalam Sukan SEA Hanoi.

Kontinjen negara biarpun sudah mencapai sasaran awal 36 pingat emas, masih berada di belakang Vietnam, Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura.

Dalam pada itu, Steven berkata beliau berulang kali memberi cadangan penambahbaikan kepada Kementerian Belia dan Sukan namun tidak pernah diendahkan.

Beliau berkata, sudah tiba masanya Faizal mengambil langkah membina semula sukan negara melalui dasar perlindungan kebajikan atlet bagi mencungkil lebih ramai bakat baru, selain mengakui kegagalan kepimpinan beliau.

“Kini beliau pula menyalahkan atlet atas pencapaian yang merundum di Sukan SEA Hanoi. Menteri belia dan sukan sepatutnya memohon maaf kepada atlet dan semua peminat sukan Malaysia,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.