`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, May 22, 2022

Nama saya hanya muncul lepas 3 jam undi bermula, dakwa ketua PKR Sabah

 

Christina Liew (tiga dari kanan) berkata sesuatu kepada petugas di kaunter pada pemilihan PKR di Kota Kinabalu, hari ini.

KOTA KINABALU: Ketua PKR Sabah Christina Liew mendakwa sistem pengundian dalam talian bagi pemilihan parti di tempat mengundi seluruh negeri mengalami masalah teknikal sehingga mencetuskan kekecohan selama tiga jam.

Katanya, beliau terkejut apabila mendapati namanya sebagai calon tidak tersenarai dalam sistem pengundian dalam talian yang bermula jam 8 pagi.

“Saya hanya mengetahui perkara ini apabila ramai pengundi mengadu nama saya tidak keluar dalam sistem ketika mereka ingin mengundi ketika dua jam pertama undi dibuka.

“Disebabkan itu, saya terus mengadu kepada petugas di kaunter, nama saya hanya muncul selepas jam 11 pagi tetapi ketika itu ramai pengundi saya sudah pulang,” katanya ketika ditemui.

Christina berkata, beliau kecewa kerana ramai pengundinya yang datang pada awal pagi terutama dari luar daerah untuk mengundinya tetapi gagal berbuat demikian.

“Ada daripada kalangan mereka yang datang dari jauh dengan menaiki bas dan bot ke Kota Kinabalu semata-mata untuk membuang undi.

“Bagaimanapun, kita hanya mengikut peraturan di samping saya juga membuat aduan ke ibu pejabat berhubung perkara itu.

“Saya benar-benar terkejut dengan kejadian itu dan ia tidak sepatutnya berlaku. Apa pun masalah seperti teknikal dan sebagainya, saya tidak tahu (secara mendalam) mengenai. Saya cuma ambil berat terhadap pengundi,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.