`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, May 16, 2022

Wanita cedera terkena serpihan batu selepas Myvi langgar tembok parkir

 

Sebuah Perodua Myvi yang melanggar tembok di tingkat 4 parkir kenderaan Hentian Bas Terminal One Seremban mengakibatkan seorang wanita cedera di tengkuk.

SEREMBAN: Seorang wanita cedera di bahagian tengkuk apabila terkena serpihan batu tembok selepas sebuah Perodua Myvi dipercayai melanggar tembok di tingkat empat tempat letak kereta Hentian Bas Terminal One, di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban Mohammad Idris berkata insiden pelanggaran tembok itu menyebabkan serpihan batu tembok tersebut terjatuh lalu menimpa mangsa.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 4.46 petang dan enam anggota termasuk pegawai dengan sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Bagi memastikan kenderaan itu stabil daripada terjatuh dari tingkat berkenaan, kenderaan mangsa ditarik menggunakan kenderaan ‘towing’ dan diserah kepada Majlis Bandaraya Seremban dan polis,’ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjutnya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.