`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, June 27, 2022

Bagaimana kerajaan akan biaya subsidi RM77.3 bilion, tanya Shafie

 

Presiden Warisan, Shafie Apdal menggesa semakan semula gaji dan elaun menteri serta pengurusan tertinggi syarikat berkaitan kerajaan.

PETALING JAYA: Presiden Warisan, Shafie Apdal mempersoalkan cara Putrajaya akan membiayai subsidi untuk keperluan pengguna, yang diunjurkan mencapai paras tertinggi dalam sejarah sebanyak RM77.3 bilion tahun ini.

Shafie berkata, jumlah itu lebih tinggi daripada keseluruhan perbelanjaan pembangunan negara sebanyak RM76.6 bilion.

“Dari mana kita akan dapatkan wang untuk perkara ini?” tanya bekas ketua menteri Sabah itu dalam kenyataan.

Beliau berkata, kerajaan perlu membelanjakan RM92 bilion tahun ini, gabungan RM76.6 bilion untuk subsidi pengguna dan RM15 bilion dalam pembayaran balik hutang 1MDB menjelang akhir 2022.

Beliau menggesa semakan semula gaji dan elaun menteri serta pengurusan tertinggi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dilakukan dengan segera.

Beliau memetik kenaikan elaun 60% kepada pengerusi FGV Holdings Bhd (FGV) baru-baru ini.

“Saya mencadangkan bukan sahaja pemotongan 25% dalam gaji dan elaun mereka, tetapi jumlah menteri dan timbalan menteri dikurangkan separuh,” katanya sambil berkata gaji dan bonus pengurusan tertinggi serta lembaga pengarah GLC perlu dibekukan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.