`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, July 4, 2022

Hujan 3 jam, 2 kampung di Baling banjir

 

Hujan lebat petang tadi menyebabkan dua kampung di Baling dilanda banjir. (Gambar Facebook)

BALING: Hujan lebat berterusan selama tiga jam menyebabkan dua kampung iaitu Kampung Iboi dan Kampung Tanjung Luas di Mukim Kupang dilanda banjir petang tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Baling, Rasidah Kassim, berkata hujan lebat yang bermula kira-kira 2 petang tadi mengakibatkan air Sungai Kupang melimpah ke kawasan penempatan penduduk yang tinggal berdekatan tebing.

“Pihak APM (Angkatan Pertahanan Awam) menerima laporan tentang banjir kilat tersebut pada kira-kira pukul 6 petang dan anggota APM Baling kemudian membuat tinjauan ke lokasi kejadian.

“Anggota APM mendapati beberapa rumah dimasuki air susulan banjir kilat tersebut bagaimanapun setakat ini tiada pusat pemindahan dibuka dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya dalam kenyataan.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Beliau berkata, setakat ini pihaknya sedang mengemas kini maklumat berkaitan bencana itu termasuk jumlah mangsa terlibat serta jumlah rumah yang terjejas atau mengalami kerosakan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.