`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, August 16, 2022

Anjur lebih banyak program belia di Mara Digital Mall, gesa Mahdzir

 

Menteri Pembangunan Luar Bandar Mahdzir Khalid berkata aktiviti perlu dipelbagaikan di persekitaran Mara Digital Mall untuk menarik usahawan Bumiputera. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Menteri Pembangunan Luar Bandar Mahdzir Khalid mahu Mara Corporation (Mara Corp) menganjurkan lebih banyak program di Mara Digital Mall melibatkan orang muda demi merancakkan aktiviti perniagaannya, terutama pada hujung minggu.

“Saya nak syorkan kepada Mara Corporation kalau boleh hujung minggu minta kerjasama DBKL tutup jalan di depan Mara Digital.

“Boleh buat macam-macam program dengan anak-anak muda. Tapi itu kena ada kerjasama antara DBKL dengan Mara,” katanya.

Mahdzir berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Katanya, penganjuran pelbagai program di persekitaran Mara Digital Mall mampu menarik pembabitan generasi muda khususnya Bumiputera untuk membuka perniagaan mereka di premis itu.

Semalam, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan Mara meneruskan projek Mara Digital Mall bagi membuka peluang kepada anak muda Bumiputera terlibat sebagai usahawan teknologi (IT) selepas mengadakan lawatan mengejut di situ. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.